Cake

Resepi Mufin Blueberry Tanpa Mixer | Blueberry Muffin Recipe Without Mixer

Resepi Mufin Blueberry Tanpa Mixer | Blueberry Muffin Recipe Without Mixer

Mohon share sekiranya suka resepi ini

Minum petang hari ini nak makan apa ye? Hmm… Hari-hari makan biskut cicah je mesti bosan, apa kata cuba buat resepi mufin blueberry pula? Bukan saja boleh dihidangkan pada bila-bila masa, anak-anak di rumah pun confirm sukakannya.

Anda jangan risau sebab berbeza dengan juadah kek lain, resepi kali ini tak perlu gunakan mixer langsung. Kalau nak gantikan blueberry kepada buah-buahan lain ataupun nak tambah chocolate chip ke dalam adunan pun boleh juga. Kalau tak percaya, jom tengok resepi mufin blueberry yang gebu dan sedap ni.

Resepi Mufin Blueberry tanpa Mixer

Bahan-Bahan

  • 2 cwn tepung gandum
  • 2 sk serbuk penaik
  • 3/4 cwn gula halus
  • 2 biji telur
  • 1 sk esen vanila
  • 160 gm yogurt
  • 160 ml susu segar
  • 113 gm mentega (dicairkan)
  • 1 cwn blueberry
  • 1/2 sk garam

Cara memasak

  1. Masukkan gula dan mentega yang telah dicairkan ke dalam bekas, adunkan hingga sebati.
  2. Pecahkan telur satu demi satu ke dalam campuran tadi, gaulkan.
  3. Tuangkan esen vanila, yogurt dan susu segar ke dalam campuran tersebut, gaulkan.
  4. Ayak tepung gandum, serbuk penaik dan garam ke dalam campuran dan kacau sehingga sebati.
  5. Akhirnya, masukkan buah blueberry yang telah dibasuh terlebih dahulu dan gaul rata bersama adunan tersebut.
  6. Masukkan adunan tersebut ke dalam cawan mufin dan bakar selama 25 minit pada suhu 180°C.
  7. Keluarkan daripada ketuhar dan mufin blueberry dah siap untuk dihidangkan.

No Mixer Blueberry Muffin Recipe

Ingredients 

  • 2 cups of all-purpose flour
  • 2 tsp of baking powder
  • 3/4 cup fine granulated sugar
  • 2 nos eggs
  • 1 tsp of vanilla essence
  • 160 gm yogurt
  • 160 ml fresh milk
  • 113 gm butter (melted)
  • 1 cup of blueberries
  • 1/2 tsp of salt

Cooking methods

  1. Place sugar and melted butter inside a bowl, mix well.
  2. Crack the eggs one by one into the mixture and mix well.
  3. Add vanilla essence, yogurt and fresh milk; mix them together.
  4. Sift all-purpose flour, baking powder and salt and mix until they just combined.
  5. Lastly, add fresh blueberries into the flour mixture and mix well.
  6. Pour the mixture into muffin cups and bake for 25 minutes at 180°C.
  7. Remove from oven and the blueberry muffin is ready to be served.

 

 

SUBSCRIBE Youtube Untuk Lebih Banyak Video Resepi

Mohon share sekiranya suka resepi ini

Youtube

Facebook

Rasaflix Telegram