Western Style Ayam

Resepi Burger Ayam Rangup | Homemade Crispy Chicken Burger Recipe

Resepi Burger Ayam Rangup | Homemade Crispy Chicken Burger Recipe

Mohon share sekiranya suka resepi ini

Tak dinafikan dada ayam adalah antara bahagian yang sangat digemari ramai. Digoreng hingga rangup dan dihidangkan panas-panas pula, ia sememangnya juadah yang boleh buat semua orang terliur!

Untuk resepi kali kami ingin tunjukkan cara penyediaan burger ayam yang crispy dan juicy ni senang disediakan, bahan-bahannya juga amat boleh didapati di kebanyakan kedai. Malah lebih daripada dua portion burger juga boleh dihasilkan sekali gus bergantung kepada saiz dada ayam tersebut. Selamat mencuba!

Burger Ayam Rangup

Bahan-Bahan (Ayam Goreng )

  • 2 keping dada ayam
  • 3 biji telur
  • 1 cwn tepung goreng serbaguna (pedas)
  • 1/2 cwn susu segar
  • Minyak masak (secukupnya)
  • Roti burger
  • Salad
  • Mentega

Nota: Mana-mana jenis tepung goreng ayam boleh digunakan.

Bahan-Bahan (Sos)

  • 5 sb mayonis
  • 1/2 sk serbuk cili
  • 1/2 lemon (diperah)
  • 2 sb sos cili

Cara Memasak (Ayam Goreng)

  1. Pecahkan telur dan tuangkan susu segar. Kacau sehingga sebati.
  2. Masukkan tepung goreng ayam ke dalam mangkuk dan mula salutkan ayam.
  3. Celupkan ayam yang bersalut tadi ke dalam campuran telur dan susu.
  4. Salutkan bersama tepung goreng ayam sekali lagi.
  5. Salutkan ayam tersebut dengan tepung dan campuran telur. Ulangi proses 2 hingga 4 selama tiga kali untuk setiap bahagian yang dimasak.
  6. Panaskan minyak masak dan gorengkan ayam tersebut sehingga keperang-perangan.

Nota: Pastikan minyak yang digunakan untuk menggoreng ayam mencukupi dan goreng ketika minyak cukup panas.

Cara Membuat (Sos)

  1. Di dalam mangkuk, masukkan mayonis, serbuk cili dan sos cili. Gaul sehingga sebati.
  2. Perahkan limau dan gaul sehingga semua bahan sebati.

Cara Persembahkan

  1. Potong roti burger dan sapukan kedua-dua bahagian roti dengan mentega.
  2. Di atas kuali, bakar roti sehingga keperang-perangan.
  3. Sapukan homemade sos ke atas roti.
  4. Letakkan salad di atasnya sebelum meletakkan kepingan ayam yang telah digoreng.
  5. Sapukan sos sekali lagi ke atas ayam dan akhir sekali letakkan roti. Siap untuk dihidangkan!

Homemade Crispy Chicken Burger

Ingredients (Fried Chicken)

  • 2 pieces of chicken breast
  • 3 nos eggs
  • 1 cup of all-purpose frying flour (spicy)
  • 1/2 cup of fresh milk
  • Cooking oil (as much as needed)
  • Burger bun
  • Salad
  • Butter

Note: Any kind of all-purpose frying flour is fine.

Ingredients (Sauce)

  • 5 tbsp of mayonnaise
  • 1/2 tsp of chili powder
  • 1/2 lemon (squeezed)
  • 2 tbsp of chili sauce

Cooking Methods (Fried Chicken )

  1. Crack eggs into a bowl and pour in fresh milk. Lightly beat the egg mixture.
  2. Place all-purpose frying flour inside a bowl and dredge chicken breast .
  3. Dip dredged chicken breast in the egg mixture.
  4. Coat it with frying flour once again.
  5. Make sure the chicken is well-coated and repeat step 2 until step 4 for each piece thrice.
  6. Preheat the oil and deep fry coated chicken until golden brown.

Note: Make sure the oil used is in right quantity and deep fry them using hot oil.

Cooking Methods (Sauce)

  1. Inside a bowl, put in mayonnaise, chili powder and chili sauce. Mix well.
  2. Squeeze lemon into the sauce mixture. Mix well.

Burger Serving

  1. Slice a burger bun in half and spread butter on both halves.
  2. On a hot pan, toast both halves until golden brown.
  3. Apply homemade sauce on the bottom half of the bun.
  4. Put a layer of lettuce followed by a layer of fried coated chicken fillet.
  5. Then, apply a layer of sauce and finish it off with the top half of the bun.

 

 

SUBSCRIBE Youtube Untuk Lebih Banyak Video Resepi

Mohon share sekiranya suka resepi ini

Youtube

Facebook

Rasaflix Telegram