Cake Dessert

Resepi Kek Lobak Merah Sukatan Cawan | Carrot Cake Cup Measurement Recipe

Resepi Kek Lobak Merah Sukatan Cawan | Carrot Cake Cup Measurement Recipe

Mohon share sekiranya suka resepi ini

Lobak merah merupakan sayuran yang sedap dinikmati ketika mentah dan sangat baik untuk kesihatan mata. Namun siapa sangka, ia sesuai juga untuk dihasilkan menjadi pencuci mulut yang sedap tau iaitu carrot cake. Kombinasi daripada teksturnya yang lembap-lembap serta rasa manis, berempah dan lembut sudah tentu mampu membuatkan anda terliur.

Resepi yang akan dikongsikan ini juga sangat mudah kerana menggunakan sukatan cawan je. Jadi kalau korang tidak mempunyai mesin penimbang makanan, jangan risau ok? Ikuti sahaja cara penyediaan di bawah. Selamat mencuba semua.

Resepi Kek Lobak Merah

Bahan-bahan (Kek Lobak Merah)

  • 4 biji telur
  • 1 1/4 cwn gula kastor
  • 1 1/4 cwn minyak jagung
  • 1 sb esen vanila
  • 2 cwn tepung gandum
  • 1 sb serbuk penaik
  • 1 sb soda bikarbonat
  • 1 sk garam
  • 1 sk serbuk kayu manis
  • 1 sk serbuk buah keras
  • 3 cwn lobak merah (diparut)
  • walnut (secukupnya)
  • kismis (secukupnya)

Bahan-bahan (Frosting)

  • 1 cwn krim keju
  • 1/2 cwn gula aising
  • 1/2 cwn mentega
  • 1 sb esen vanila
  • Pewarna makanan oren
  • Pewarna makanan hijau

Cara memasak (Kek Lobak Merah)

  1. Pukul telur dan gula kastor sehingga sebati.
  2. Tuangkan minyak jagung, esen vanila dan kacau rata.
  3. Ayakkan tepung gandum, serbuk penaik dan soda bikarbonat ke dalam campuran dan kacau sebati.
  4. Masukkan serbuk kayu manis, serbuk buah keras dan garam. Kacau rata.
  5. Masukkan parutan lobak merah dan kacau sehingga adunan sebati.
  6. Akhir sekali, masukkan walnut dan kismis. Kacau rata.
  7. Tuangkan adunan ke dalam loyang dan bakar pada suhu 180°C  selama 25-30 minit.

Cara memasak (Frosting)

  1. Pukul krim keju bersama-sama mentega sehingga kembang dan berkrim.
  2. Masukkan gula aising dan esen vanila. Pukul seketika dan bahagikan 1/4 krim keju kepada 2 bahagian.
  3. Warnakan 1/4  krim keju menggunakan pewarna makanan bewarna hijau manakala lebihan krim keju menggunakan warna orange.
  4. Masukkan krim keju frosting ke dalam piping bag. Paipkan di atas permukaan kek dan ratakan menggunakan sudu.
  5. Kemudian, paipkan pula bentuk mini-carrot di atas frosting keju.
  6. Kek lobak merah siap untuk dihidangkan.

Carrot Cake Recipe

Ingredients (Carrot Cake)

  • 4 nos eggs
  • 1 1/4 cup of castor sugar
  • 1 1/4 cup of corn oil
  • 1 tbsp of vanilla essence
  • 2 cups of wheat flour
  • 1 tbsp of baking powder
  • 1 tbsp of baking soda
  • 1 tsp of salt
  • 1 tsp of cinnamon powder
  • 1 tsp of candle-nut powder
  • 3 cups of carrots (grated)
  • walnuts (as needed)
  • raisins (as needed)

Ingredients (Frosting)

  • 1 cup of cream cheese
  • 1/2 cup of icing sugar
  • 1/2 cup of butter
  • 1 tbsp of vanilla essence
  • Orange food coloring 
  • Green food coloring 

Cooking methods (Carrot Cake)

  1. Beat eggs and castor sugar until well combine.
  2. Pour corn oil, essence vanilla and stir well.
  3. Sieve wheat flour, baking powder and baking soda into the mixture and mixed well.
  4. Add cinnamon powder, candle-nut powder and salt. Mixed well.
  5.  Add grated carrots and mixed the batter well.
  6. Lastly add walnuts, and raisins. Mixed until well combine.
  7. Pour the batter into mold and bake at 180°C for 25-30 minutes.

Cooking methods (Frosting)

  1. Beat cream cheese together with butter until fluffy and creamy.
  2. Add in icing sugar and essence vanilla. Beat for while and divide 1/4 of the frosting for 2 portion.
  3. Colored 1/4 of cream cheese using green food coloring and balance cream cheese with orange food color.
  4. Pour the frosting into a piping beg. Pipe top of evenly to all surfaces and smooth the surface using a spoon.
  5. Next, pipe mini-carrot pattern on top of cheese frosting.
  6. Carrot cake ready to be served.

 

 

SUBSCRIBE Youtube Untuk Lebih Banyak Video Resepi

Mohon share sekiranya suka resepi ini

Youtube

Facebook

Rasaflix Telegram