Pencuci Mulut Kuih Muih

Resepi Agar-Agar Milo Oreo Bak Kayangan | Heavenly Milo Oreo Jelly Recipe

Resepi Agar-Agar Milo Oreo Bak Kayangan | Heavenly Milo Oreo Jelly Recipe

Mohon share sekiranya suka resepi ini

Kalau anda dan ahli keluarga merupakan penggemar chocolate, pastinya suka minuman atau hidangan yang dibuat daripada Milo kan? Lebih-lebih lagi ketika cuaca musim panas dan bahang sekarang ni, juadah manisan seperti agar-agar nyata boleh jadi penyejuk tekak masing-masing.

Kalini kami kongsikan menu mudah yang sering menggoda selera semua orang iaitu Agar-Agar Milo Oreo. Kombinasi rasa yang mantap antara dua perisa coklat tersebut ditambah pula dengan susu cair pasti sedap bak Kayangan lebih-lebih lagi apabila terus dikeluarkan dari peti sejuk. Bahan-bahannya pun simple je dan mudah didapati di pasaraya. Apa tunggu lagi, jom kita cuba!

Resipi Agar-Agar Milo Oreo Kayangan

Bahan-bahan

  • 10 gm serbuk agar-agar
  • 750 ml air
  • 160 gm gula
  • 400 ml susu cair (krimer sejat)
  • 3/4 cwn serbuk Milo
  • 137 gm biskut Oreo (1 bungkus)

Bahan-bahan (Lapisan tambahan)

  • 5 gm serbuk agar-agar
  • 375 ml air
  • 80 gm gula
  • 200 gm susu cair (krimer sejat)

Nota:

  1. Tuang lapisan kedua sebelum lapisan pertama betul-betul mengeras. Jika tidak kedua-dua lapisan tidak akan melekat bersama. Seandainya lapisan pertama sudah cukup keras, guriskan permukaan lapisan dengan garfu atau apa-apa kutleri yang tajam sebelum menuangkan lapisan kedua.
  2. Pastikan anda menuang lapisan kedua ketika ia masih panas supaya kedua-dua lapisan dapat melekat dengan mudah.

Cara memasak

  1. Panaskan air dengan serbuk agar-agar sehingga larut.
  2. Masukkan gula dan masakkan sehingga larut.
  3. Kemudian, masukkan susu cair dan kacau sebati sehingga campuran mendidih.
  4. Susun biskut Oreo ke dalam acuan, kemudian tuangkan 3 senduk campuran putih ke dalamnya.
  5. Tuangkan 3 senduk campuran putih ke dalam loyang segi empat dan bekukan di dalam peti sejuk.
  6. Kemudian, masukkan serbuk Milo dengan baki campuran putih yang masih tinggal dan kacau sehingga sebati. Panaskan campuran Milo dengan api yang paling kecil.
  7. Apabila campuran putih dan oreo mengeras sedikit, tuangkan campuran Milo pula untuk lapisan kedua.
  8. Kemudian, campuran putih yang dibekukan di dalam peti sejuk tadi dipotong kecil-kecil dan tuangkan ke dalam campuran Milo.
  9. Masakkan lapisan tambahan, menggunakan separuh sukatan bahan campuran putih pertama. Kemudian tuang ke atas lapisan Milo.
  10. Biarkan seketika pada suhu bilik sebelum dimasukkan ke dalam peti sejuk.

Heavenly Milo Oreo Jelly Recipe

Ingredients 

  • 10 gm of jelly powder (Agar-agar powder)
  • 750 ml of water
  • 160 gm sugar
  • 400 ml evaporated milk
  • 3/4 cup Milo powder
  • 137 gm Oreo biscuits (1 packet)

Ingredients (Additional layer)

  • 5 gm of jelly powder
  • 375 ml of water
  • 80 gm sugar
  • 200 gm evaporated milk

Note:

  1. Do not wait until the first layer is completely set before pour in second layer, or else the two layers will not stick together. If the first layer is already harden beforehand, scratch the surface of first layer with fork and proceed to pour in second layer.
  2. Ensure to pour in second layer while still hot so that it will easily stick with the first layer. 

Cooking methods

  1. Place jelly powder and water in a pot and cook until it is dissolved.
  2. Add sugar and cook until it is dissolved.
  3. Add evaporated milk, stir well and bring to a boil.
  4. Arrange Oreo biscuits inside a mold and pour 3 scoops of white mixture into it.
  5. Pour 3 scoops of white mixture into a square pan and chill inside the fridge.
  6. Then, mix Milo powder with remaining white mixture. Stir well until the Milo mixture is fully dissolved and heat it up on low heat.
  7. Once the white layer is set, pour the Milo mixture onto the white layer.
  8. Then, cut chilled white mixture into small cubes and mix with Milo mixture.
  9. Cook an additional layer using half quantity of ingredients needed for initial white mixture. Then pour it onto Milo layer.
  10. Wait until it is completely set at room temperature before chill inside the fridge.

 

 

SUBSCRIBE Youtube Untuk Lebih Banyak Video Resepi

Mohon share sekiranya suka resepi ini

Youtube

Facebook

Rasaflix Telegram