Kuih Muih

Resepi Apam Santan Pelangi Kukus | Rainbow Steamed Coconut Cupcake Recipe

Resepi Apam Santan Pelangi Kukus | Rainbow Steamed Coconut Cupcake Recipe

Mohon share sekiranya suka resepi ini

Bila sebut sahaja kuih apam mesti ramai yang teruja dengan teksturnya yang gebu, manis dan menyelerakan. Selain itu, apam terdapat pelbagai jenis versi tau; ada yang menggunakan air soda, gula merah dan ada juga yang gunakan nasi sejuk bagi menambahkan variasi rasa terhadap kuih tersebut.

Tapi untuk resepi kali ini, kita bangkitkan warna apam kukus viral ini dengan mencorakan kuih tersebut dengan warna pelangi. Tak cukup dengan itu, santan juga digunakan untuk memberikan rasa lemak manis terhadap apam kukus tersebut. Haaaa… mesti ramai dah tak sabar nak tahu cara penyediaannya kan? Ikuti saja langkah-langkah mudah seperti berikut.

Apam Santan Pelangi Kukus

Bahan-bahan

  • 2 cwn tepung gandum
  • 1 sb serbuk penaik
  • 2 biji telur
  • 3/4 cwn gula
  • 1 sb ovalet
  • 1 sk esen vanila
  • 200 ml santan kotak
  • Pewarna makanan pilihan

Cara Memasak

  1. Dengan menggunakan pengadun, pukul telur bersama gula, ovalet dan juga esen vanila sehingga gebu dan ringan. Pukul dengan kelajuan yang tinggi.
  2. Masukkan santan dan pukul hingga sekata.
  3. Ayak tepung gandum dan serbuk penaik. Kacau hingga sebati.
  4. Bahagikan adunan kepada tiga bahagian dan warnakan adunan tersebut mengikut pewarna pilihan.
  5. Masukkan adunan-adunan berwarna tersebut ke dalam piping bag yang berbeza.
  6.  Sapu acuan dengan sedikit minyak dan paip adunan tersebut mengikut corak pelangi.
  7. Kukus selama 10 minit dan kuih Apam Santan Pelangi Kukus  siap untuk dihidangkan.

Rainbow Steamed Coconut Cupcake

Ingredients 

  • 2 cups of all-purpose flour
  • 1 tbsp of baking powder
  • 2 nos eggs
  • 3/4 cup of sugar
  • 1 tbsp of ovalette
  • 1 tsp of vanilla essence
  • 200 ml carton coconut milk
  • Selected food coloring

Cooking Methods

  1. Using a mixer, beat eggs, sugar and vanilla essence until light and fluffy with high speed.
  2. Pour in coconut milk and beat until fully combined.
  3. Sift flour and baking powder. Mix them well.
  4. Divide the batter into three portions and color them with selected colors.
  5. Put colored batter into different piping bag. 
  6. Grease mold with bit of oil and pipe in colored batter according to rainbow pattern.
  7. Steam for 10 minutes and Rainbow Steamed Coconut Cupcake is ready to be served.

 

 

SUBSCRIBE Youtube Untuk Lebih Banyak Video Resepi

Mohon share sekiranya suka resepi ini

Youtube

Facebook

Rasaflix Telegram