Appetizer Snack

Resepi Bebola Kentang Keju | Cheesy Potato Ball & Mozzarella Cheese Recipe

Resepi Bebola Kentang Keju | Cheesy Potato Ball & Mozzarella Cheese Recipe

Mohon share sekiranya suka resepi ini

Kentang boleh dijadikan pelbagai jenis makanan yang enak dan menyelerakan misalnya kentang goreng, kentang putar mahupun keropok kentang. Tapi untuk resepi kali ini, kita kongsikan pada anda satu menu bebola kentang yang bukan sahaja sedap dimakan begitu sahaja malahan akan digemari khususnya oleh kanak-kanak. Tambah-tambah bila kita sumbat keju mozzarella di dalamnya. Boleh bayangkan tak kita nikmatinya bersama keluarga pada waktu bersantai? Memang walah! Kejunya akan meleleh-leleh keluar dan boleh ditarik-tarik.

Tak perlu pening kepala atau risau kalau-kalau korang rasa macam susah pula nak buat bebola kentang ni. Dengan hanya beberapa bahan sahaja, anda boleh menyediakannya resepi ini dalam sekelip mata. Mari kita tengok cara penyediaan cheesy potato ball yang senang ni. Selamat mencuba semua.

Resepi Bebola Kentang Keju

Bahan-bahan

  • 250 gm kentang (direbus)
  • 2 sk garam
  • 1 sk lada hitam
  • 1 sk serbuk paprika
  • 1 sk herba kering
  • 1 blok keju mozzarella
  • 1/2 cwn serbuk roti
  • 1/2 cwn susu segar
  • 1/2 cwn tepung jagung
  • Minyak masak

Cara memasak

  1. Masukkan kentang dan satu sudu kecil garam ke dalam periuk. Rebus kentang sehingga empuk dan lenyekkan di dalam mangkuk.
  2. Masukkan lada hitam, serbuk paprika, satu sudu kecil garam dan herba kering ke dalam kentang yang dilenyek. Gaul sebati.
  3. Bulatkan adunan 1.5 cm dan ketepikan.
  4. Penyet tengah adunan dan masukkan keju mozzarella ditengah-tengah. Rata dan bulatkan.
  5. Golekkan bebola ke dalam tepung jagung dan biarkan seketika.
  6. Kemudian, celup bebola ke dalam larutan susu dan ke dalam serbuk roti. Pastikan serbuk roti melekat sekata ke semua bahagian.
  7. Goreng bebola sehingga keperang-perangan. Angkat dan toskan minyak.
  8. Bebola kentang keju siap dan boleh dihidangkan dengan sos cili atau mayonis.

Cheesy Potato Ball & Mozzarella Cheese Recipe

Ingredients 

  • 250 gm potatoes (boiled)
  • 2 tsp of salt
  • 1 tsp of black pepper
  • 1 tsp of paprika powder
  • 1 tsp of dried herbs
  • 1 mozzarella cheese block
  • 1/2 cup of breadcrumbs
  • 1/2 cup of fresh milk
  • 1/2 cup of corn flour
  • Cooking oil

Cooking methods

  1. Add potatoes and 1 teaspoon of salt into the pot.  Boil potatoes until tender and mash them inside a bowl.
  2. Add black pepper, paprika powder, 1 teaspoon of salt and dried herbs in mashed potatoes. Mix well.
  3. Round the mixture into 1.5 cm ball and set aside.
  4. Make an indentation in the middle and place mozzarella cheese in the center. Round it evenly.
  5. Coat potato ball in corn flour and set aside.
  6. Then, dip the potato ball in milk and coat in breadcrumbs. Make sure it is evenly coated with breadcrumbs.
  7. Deep fry until golden brown. Lift up and drain oil off.
  8. Cheesy potato ball is ready to be served with chili sauce or mayonnaise.

 

 

SUBSCRIBE Youtube Untuk Lebih Banyak Video Resepi

Mohon share sekiranya suka resepi ini

Youtube

Facebook

Rasaflix Telegram