Kek

Kek Batik Indulgence Tanpa Bakar | No Bake Batik Indulgence Cake

Kek Batik Indulgence Tanpa Bakar | No Bake Batik Indulgence Cake

Mohon share sekiranya suka resepi ini

Bagi penggemar kek, pastinya anda tahu ada bermacam-macam resepi kek batik yang telah dikongsikan di laman sosial khususnya menerusi group masakan di Facebook. Sesekali terasa juga nak upgrade sikit kek batik jadi jenis lain kan? Kali ni kami kongsikan resepi mudah membuat Kek Batik Indulgence tanpa bakar tapi rasanya ala-ala premium gituww. Bila cerita pasal pencuci mulut ni, ia mempunyai 3 lapisan enak iaitu kek batik, cream cheese dan semestinya chocolate ganache.

Walaupun Kek Batik Indulgence ini dah lama popular, namun ia masih lagi viral dan digemari pada semua peringkat umur sehingga sekarang. Malah, kek ini boleh dibuat untuk meraikan hari ulangtahun istimewa atau majlis makan-makan bersama keluarga juga. Jom lah kita try resipi ni!

Resipi Kek Batik Indulgence

Bahan-Bahan (kek batik)

  • 450 gm biskut Marie
  • 250 gm mentega
  • 3/4 cwn susu pekat
  • 1 cwn Milo
  • 1/2 cwn serbuk koko
  • 1/2 cwn air
  • 1 sk esen vanila

Bahan-Bahan (lapisan krim keju)

  • 250 gm krim keju
  • 150 gm krim putar tenusu
  • 50 gm gula kastor
  • 1 sk serbuk gelatin + 2 sb air panas
  • 1 sk esen vanila

Bahan-Bahan (lapisan coklat)

  • 1/2 cwn krim putar tenusu
  • 200 gm coklat gelap
  • 1 sb mentega

Bahan-Bahan (hiasan)

  • 30 gm coklat putih

Nota: Loyang berukuran 8 x 8

Cara memasak

  1. Untuk lapisan kek batik, patah-patahkan biskut Marie kepada saiz kecil.
  2. Panaskan mentega sehingga cair dan masukkan susu pekat manis, serbuk milo serta serbuk koko. Kacau hingga tidak berketul.
  3. Masukkan esen vanila.
  4. Kacau sampai mendidih dan tutup api.
  5. Masukkan biskut Marie yang telah dipatahkan tadi sedikit demi sedikit. Gaul hingga rata.
  6. Sapukan sedikit mentega pada loyang dan alaskan dengan kertas minyak.
  7. Tuang adunan biskut tadi ke dalam loyang yang telah disediakan.
  8. Ratakan dan tekan padat adunan biskut.
  9. Sejukkan dalam peti ais dan sediakan lapisan krim keju pula.
  10. Bancuh serbuk gelatin dengan air panas dan kacau sampai larut di dalam mangkuk kecil. Biarkan seketika.
  11. Masukkan krim keju dalam mangkuk adunan dan putar hingga lembut.
  12. Masukkan gula kastor, esen vanilla dan krim putar tenusu, putar hingga kembang.
  13. Kemudian, campurkan cecair gelatin (hasil akhir setelah dipanaskan semula di dalam ketuhar) ke dalam adunan krim keju.
  14. Kacau sekata.
  15. Keluarkan kek batik dan tuang adunan krim keju ke atasnya.
  16. Ratakan dan masukan semula ke dalam peti sejuk.
  17. Untuk lapisan coklat pula, panaskan krim putar tenusu sehingga sedikit mendidih.
  18. Kemudian, tuang krim putar tenusu yang telah dipanaskan ke atas coklat masakan gelap, kacau sehingga suam dan larut.
  19. Masukkan sedikit mentega (supaya lapisan ganache berkilat).
  20. Setelah ia cair dengan sekata, sejukkan seketika.
  21. Keluarkan kek batik dari peti sejuk dan tuang coklat ganache.
  22. Simpan dalam peti sejuk semalaman.
  23. Hiaskan kek yang sudah cukup keras dengan cairan coklat putih.

Easy No Bake Batik Indulgence Cake

Ingredients (batik cake)

  • 450 gm Marie biscuits
  • 250 gm butter
  • 3/4 cup of condensed milk
  • 1 cup of Milo
  • 1/2 cup of cocoa powder
  • 1/2 cup of water
  • 1 tsp of vanilla essence

Ingredients (cream cheese layer)

  • 250 gm cream cheese
  • 150 gm non-dairy whipping cream
  • 50 gm castor sugar
  • 1 tsp of gelatin powder + 2 tbsp of hot water
  • 1 tsp of vanilla essence

Ingredients (chocolate ganache layer)

  • 1/2 cup of non-dairy whipping cream
  • 200 gm dark chocolate
  • 1 tbsp of butter

Ingredients (garnish)

  • 30 gm white chocolate

Note : 8×8 inc square pan

Cooking methods

  1. For batik cake layer, crush Marie biscuits into small pieces.
  2. Heat butter until fully melted and add condensed milk, Milo powder, and cocoa powder. Stir until it is not lumpy anymore.
  3. Add vanilla essence.
  4. Stir until it boils and turn off the heat.
  5. Add Marie biscuits pieces into pan and mix well to ensure biscuits are evenly coated.
  6. Grease square pan with butter and line with parchment paper.
  7. Spread biscuits mixture evenly onto a 8 x 8  inch square pan. Make sure to line pan with parchment paper first.
  8. Flatten the mixture by pressing it down.
  9. Refrigerate while preparing a layer of cream cheese.
  10. In a tiny bowl, mix gelatin powder with hot water until fully dissolved.
  11. Put cream cheese in a mixing bowl and beat until smooth.
  12. Add castor sugar, vanilla essence, and non-dairy whipping cream, beat until fluffy.
  13. Then add gelatin liquid (final product after been reheated inside the oven) into the cream cheese mixture.
  14. Mix until well-combined.
  15. Pour cream cheese mixture onto batik layer.
  16. Flatten and refrigerate once again.
  17. For chocolate ganache, heat non-dairy whipping cream until gentle bubbling appear.
  18. Then pour heated non-dairy whipping cream onto dark cooking chocolate, stir until warm and fully dissolved.
  19. Add bit of butter (to get a glossy ganache layer).
  20. When it melts evenly, let it cool for a moment.
  21. Pour chocolate mixture onto cream cheese layer to form top ganache layer.
  22. Then, refrigerate batik cake overnight.
  23. Garnish cake with melted white chocolate.

 

 

SUBSCRIBE Youtube Untuk Lebih Banyak Video Resepi

Mohon share sekiranya suka resepi ini

Youtube

Facebook

Rasaflix Telegram