Kek batik merupakan antara kek yang paling senang untuk dibuat. Bukan sahaja tidak memerlukan bahan yang rumit dan mahal, malahan penyediaannya tidak menggunakan oven dan telur. Jadi tidak hairanlah kek ini menjadi pilihan ramai untuk dihidangkan sama ada pada hari biasa ataupun ketika jamuan.
Walaupun mudah, ramai yang tertanya-tanya bagaimana ingin mendapatkan tekstur kek yang diidamkan. Bagi mereka yang menggemari rasa kek yang lebih lembut, biskut hendaklah dimasukkan ketika campuran coklat masih panas. Bagi mendapatkan tekstur yang rangup pula, biskut hanya dimasukkan setelah campuran coklat sejuk sedikit. Mudah kan? Jom cuba resepi kek batik ni. Kek batik ni paling sedap dimakan ketika sejuk.
Resepi Kek Batik Tanpa Telur
Bahan-Bahan
- 300g biskut Marie
- 250g mentega
- 1/4 cawan serbuk koko
- 1 cawan serbuk Milo
- 3/4 cawan susu pekat
- 1/4 cawan susu cair
Note: Serbuk Milo boleh juga digantikan dengan malt minuman coklat jenama lain.
Cara memasak
- Patah-patahkan biskut Marie kepada bahagian yang lebih kecil.
- Potong mentega kepada saiz lebih kecil dan cairkan mentega di dalam kuali.
- Kemudian, masukkan serbuk Milo dan gaul sehingga sebati.
- Masukkan serbuk koko dan gaul sehingga tiada ketulan.
- Tuangkan susu pekat dan susu cair, kemudian gaul sehingga semuanya sebati.
- Setelah itu, masukkan biskut Marie yang telah dipatah-patahkan dan gaulkan sebati.
- Sediakan loyang bulat bersaiz 7 inci, sapukan sedikit mentega dan letakkan kertas minyak dengan kemas.
- Tuangkan adunan kek batik ke dalam loyang yang telah disediakan tadi.
- Sejukkan di dalam peti sejuk selama tempoh minimum 1 jam.
- Setelah sejuk, keluarkan daripada loyang dan potong mengikut kreativiti anda. Selamat mencuba.
Eggless Batik Cake
IngredientsĀ
- 300g Marie cookies
- 250g butter
- 1/4 cup of cocoa powder
- 1 cup of Milo powder
- 3/4 cup of condensed milk
- 1/4 cup of evaporated milk
Note: Milo powder can also be replaced with other brand chocolate malt.
Cooking methods
- Crush the cookies into smaller pieces.
- Cut the butter into small pieces and melt the butter in pan.
- Next, add Milo powder and mix thoroughly.
- Add in cocoa powder and mix well until there is no lumps.
- Pour in condensed milk and evaporated milk and mix thoroughly.
- Then, add in crushed Marie cookies and mix well.
- Prepare a 7-inch round baking cake moldĀ and greased with the butter and put the parchment paper nicely.
- Pour the cake mixture into the cake mold.
- Let the cake cool in refrigerator with minimum time of 1 hour.
- After cooled, bring the cake out of the mold and cut it based on your creativity, Enjoy your meal.
SUBSCRIBE Youtube Untuk Lebih Banyak Video Resepi