Kuih Muih Breakfast

Resepi Kuih Ketayap Polkadot | Polka Dot Sweet Coconut-Filled Crepe Recipe

Resepi Kuih Ketayap Polkadot | Polka Dot Sweet Coconut-Filled Crepe Recipe

Mohon share sekiranya suka resepi ini

Mesti ramai yang kenal dan pernah makan kuih ketayap, kan? Makanan tradisi berwarna hijau dan berinti manis ini sangat popular di Malaysia sehingga boleh didapati pada mana-mana gerai tepi jalan atau di pasar malam. Keenakannya terletak pada inti kelapa yang dimasak bersama dengan gula Melaka. Tekstur luarannya lembut dan manis memang sesuai dimakan bukan sahaja oleh kanak-kanak, remaja atau orang dewasa, malahan datuk nenek yang sudah berusia.

Namun zaman sekarang ni, orang mula mengolah sedikit kulit kuih ketayap dengan pelbagai warna. Akhirnya, terhasil sebuah resepi iaitu Kuih Ketayap Polkadot youolls. Wah, menarik betul! Bukan sahaja cantik pada mata memandang, bahkan tidak mengganggu rasa aslinya pun. Rasanya yang lemak-lemak manis memang bakal memikat hati ramai. Apa tunggu lagi, jomlah cuba!

Resepi Kuih Ketayap Polkadot

Bahan-bahan (Kulit Ketayap)

  • 1/2 cwn tepung gandum
  • 1 biji telur
  • 2/3 cwn santan
  • 1/2 sk garam
  • 1 1/2 sb minyak jagung
  • 1/2 sk esen pandan
  • 1/2 sk pewarna makanan merah jambu
  • 1/2 sk pewarna makanan hijau
  • 1/2 cwn air

Bahan-bahan (Inti Kelapa)

  • 2 cwn kelapa parut
  • 1/2 cwn gula Melaka (dihiris)
  • 5 sb air
  • 2 helai daun pandan (disimpul)
  • 1/2 sk garam

Cara memasak

  1. INTI KELAPA: Masukkan air, hirisan gula Melaka dan daun pandan (disimpul) ke dalam kuali. Masak dengan api kecil sehingga gula larut sepenuhnya.
  2. Kemudian, masukkan kelapa parut dan garam.
  3. Kacau sehingga kelapa parut tadi bercampur rata dengan larutan gula melaka. Inti akan menjadi keperangan.
  4. LAPISAN KETAYAP: Masukkan bahan-bahan yang diperlukan ke dalam pengisar kecuali minyak jagung dan pewarna makanan.
  5. Kisar sehingga halus dan tidak berketul. Kemudian, masukkan minyak jagung ke dalam adunan.
  6. Bahagikan adunan kepada dua mangkuk secara sama rata.
  7. Masukkan pewarna makanan hijau ke dalam mangkuk pertama dan pewarna makanan merah jambu ke dalam mangkuk yang kedua.
  8. Oleskan sedikit minyak jagung pada kuali untuk elak kulit ketayap daripada melekat. Gunakan api sederhana.
  9. Titiskan dahulu adunan berwarna merah jambu untuk membentuk polkadot. Biarkan seketika.
  10. Kemudian, masukkan 1/2 senduk adunan hijau.
  11. Apabila kulit ketayap sudah masak, boleh angkat.
  12. Terus letakkan inti dan gulung kemas.
  13. Ulangi sehingga adunan tadi habis.

Polka Dot Sweet Coconut-Filled Crepe Recipe

Ingredients (Crepe Skin)

  • 1/2 cup of wheat flour
  • 1 nos egg
  • 2/3 cup of coconut milk
  • 1/2 tsp of salt
  • 1 1/2 tbsp of corn oil
  • 1/2 tsp of pandan essence
  • 1/2 tsp of pink food coloring
  • 1/2 tsp of green food coloring
  • 1/2 cup of water

Ingredients (Coconut Filling)

  • 2 cups of grated coconut
  • 1/2 cup of palm sugar (shaved)
  • 5 tbsp of water
  • 2 strands of pandan leaves (knotted)
  • 1/2 tsp of salt

Cooking methods

  1. COCONUT FILLING: Put water, shaved palm sugar and pandan leaves (knotted) in a pan. Cook over low heat until sugar is completely dissolved.
  2. Then, add in grated coconut and salt.
  3. Mix until grated coconut and palm sugar mixture are well-combined. The filling will be brownish.
  4. CREPE SKIN: Put all ingredients needed in a blender except corn oil and food coloring.
  5. Blend until the batter is smooth and free of lumps. Then, put corn oil in the batter.
  6. Divide batter evenly into two bowls.
  7. Put green food coloring in the first bowl and pink food coloring in the second bowl.
  8. Grease pan with bit of corn oil to avoid crepe skin from sticks to pan. Use medium heat.
  9. Drop bit of pink batter forming polka dot. Let it be for a while.
  10. Then, add in 1/2 ladle of green batter.
  11. When the crepe skin is ripe, remove from the pan.
  12. Continue to place coconut filling on it and roll neatly.
  13. Repeat until there is no batter left.

 

 

SUBSCRIBE Youtube Untuk Lebih Banyak Video Resepi

Mohon share sekiranya suka resepi ini

Youtube

Facebook

Rasaflix Telegram