Ayam Mee

Mee sup dengan Sambal Kicap I Yellow Noodle Soup with Soy Sauce

Mee sup dengan Sambal Kicap I Yellow Noodle Soup with Soy Sauce

Mohon share sekiranya suka resepi ini

Resepi mee sup dengan sambal kicap

Bahan-bahan mee sup:

  1.  Mee kuning 250gram
  2. ½ bawang besar (dihiris)
  3. 3 biji bawang putih (dihiris)
  4. Isi ayam (dihiris)
  5. ½ batang lobak merah (dihiris memanjang)
  6. 1 batang kek ikan (dipotong sederhana besar)
  7. ½ sudu kecil perasa ayam
  8. ½ sudu garam
  9. Lada sulah
  10. 1 biji telur
  11. Lada merah (untuk hiasan)
  12. Daun sup (untuk hiasan)
  13. Bawang goreng (pilihan)
  14. Minyak masak
  15. Air

Bahan-bahan sambal kicap pedas:

  1. 5 cili padi merah/hijau
  2. 1 bawang putih
  3. Garam
  4. Gula
  5. Kicap

Cara penyediaan:

  1. Tumis bawang besar dan bawang putih sehingga naik bau. Masukkan hirisan isi ayam, kek ikan dan lobak merah. Setelah isi ayam dan kek ikan agak masak, masukkan air sehingga penuh separuh kuali (bergantung pada kuantiti mee kuning).
  2. Setelah menggelegak, masukkan mee kuning. Masukkan telur. Perasakan dengan perasa ayam, garam dan lada sulah. Letakkan hirisan lada merah untuk menaikkan warna masakan.
  3.  Untuk sambal kicap, tumis cili padi dan bawang putih selama dua minit. Letakkan ke dalam lesung batu. Tambahkan garam dan gula. Tumbuk dan kemudian tambah kicap.
  4.  Siap untuk dihidangkan. Taburkan bawang goreng dan daun sup. Sedap dimakan bersama sambal kicap ketika panas..

Yellow Noodle Soup with Spicy Soy Sauce Recipe

Ingredients for yellow noodle soup 

  1. Yellow noodles 250gram
  2. ½ onion (sliced)
  3. 3 garlic (sliced)
  4. Chicken breast (sliced)
  5. ½ carrot (sliced)
  6. 1 fish cake(sliced in medium size)
  7. ½ tsp chicken seasoning
  8. ½ tsp salt
  9. White pepper
  10. 1 egg
  11. Red chilli (for garnish)
  12. Soup leaves/parsley (for garnish)
  13. Ready-made fried onion (optional)
  14. Cooking oil
  15. Water

Ingredients for spicy soy sauce:

  1. 5 bird’s eyes chillies (red/green)
  2. 1 garlic
  3. Salt
  4. Sugar
  5. Soy sauce

Preparations:

  1. Stir fry onion and garlic until the colour turn golden. Add sliced chicken breast, fish cake and carrot. After chicken breast and fish cake half-cooked, fill in water until half-full wok.
  2. When the broth is boiling, add in yellow noodle and egg. Season with chicken seasoning, salt and white pepper. Add sliced red chillies to make the broth looked colourful.
  3. For spicy soy sauce, stir-fry the bird’s eye chillies and garlic for around two minutes. Add the chillies, garlic, salt and sugar into a stone mortar. Pestle and finally add some soy sauce.
  4. Ready to serve. Garnish with soup leaves and fried onion. Great to eat while hot with spicy soy sauce.

 

SUBSCRIBE Youtube Untuk Lebih Banyak Video Resepi

Mohon share sekiranya suka resepi ini

Youtube

Facebook

Rasaflix Telegram