Nasi Ayam

Resepi Nasi Ayam Madu Asli Mudah | Easy Original Honey Chicken Rice Recipe

Resepi Nasi Ayam Madu Asli Mudah | Easy Original Honey Chicken Rice Recipe

Mohon share sekiranya suka resepi ini

Nasi ayam merupakan menu yang wajib ada di mana-mana kedai makan tau. Tetapi apa yang membezakannya adalah rasa nasi itu sendiri. Resepi nasi ayam yang bakal dikongsikan kali ini special sedikit sebab kita menggunakan madu untuk menambah rasa manis-manis pada ayam. Terliur bukan? Kalau buat sendiri, sebenarnya memang jimat dan anak-anak mesti makan bertambah-tambahlah. Encik Suami pun mesti makin sayang dapat merasa air tangan kita.

Resepi ini cukup untuk dua hidangan dan menggunakan dua bahagian paha ayam sahaja. Tetapi jika anda ingin menambah portion nasi ayam ini, hanya perlu doublekan sahaja bahan-bahan yang diperlukan. Jom kita tengok resepi nasi ayam madu yang mudah dan sedap ini. Selamat mencuba semua!

Nasi Ayam Madu

Bahan-Bahan (Sup)

  • 1 inci halia (dihiris)
  • 3 ulas bawang kecil (dihiris)
  • 1/2 biji bawang besar (dihiris)
  • 2 ulas bawang putih (dihiris)
  • 24 gm serbuk sup
  • 1 sup bunjut
  • 2 sk serbuk stok ayam
  • 5 akar ketumbar
  • 3 akar daun bawang
  • 1  1/2 liter air
  • 2 sk lada sulah
  • 1/2 sk garam
  • 2 bahagian paha ayam
  • Minyak masak

Bahan-Bahan (Perapan Ayam)

  • Kicap
  • 2 sk sos tiram
  • 1 sb madu
  • 1/2 sk lada hitam
  • Minyak (secukupnya)

Bahan-Bahan (Nasi)

  • 2 cwn beras (dibasuh)
  • 2 cwn air rebusan ayam
  • 24 gm mentega
  • 2 ulas bawang kecil (dihiris)
  • 1/2 biji bawang besar (dihiris)
  • 2 ulas bawang putih (dihiris)
  • 1 inci halia (dihiris)
  • 1 daun pandan (disimpulkan)
  • 2 biji bunga lawang
  • 4 biji buah pelaga
  • 2 batang kayu manis
  • 1 sk garam

Bahan-Bahan (Sambal)

  • 10 tangkai cili kering (dibuang biji dan direbus)
  • Segenggam cili padi
  • 1/2 lemon (diperah)
  • 4 ulas bawang kecil
  • 3 ulas bawang putih
  • 1/2 sk garam
  • 3 sk gula perang
  • 2 sk serbuk stok ayam
  • 150 ml air

Bahan-Bahan (Kuah Kicap)

  • 1 cwn air rebusan ayam
  • 1/2 cwn kicap perapan ayam

Cara Memasak (Sup Ayam)

  1. Tumis bawang putih, bawang kecil, halia dan bawang besar di dalam periuk. Kacau sebati.
  2. Masukkan sup bunjut, akar ketumbar dan akar daun bawang. Kacau sekata.
  3. Masukkan rempah sup dan kacau sehingga naik bau. Tuangkan separuh liter air dan kacau seketika.
  4. Tambahkan ayam dan satu liter air. Masak sehingga ayam lembut.
  5. Masak seketika dan perisakan sup tersebut dengan garam, lada sulah dan serbuk stok ayam.
  6. Tunggu sehingga sup mendidih dan asingkan ayam tersebut ke dalam mangkuk kosong.

Cara Memasak (Perapan Ayam Goreng)

  1. Masukkan kicap, sos tiram, madu dan lada hitam. Salutkan bersama ayam yang telah direbus.
  2. Perasakan dengan sedikit garam dan perap selama 1 jam.
  3. Panaskan minyak dan goreng ayam tersebut pada suhu sederhana sehingga ayam masak.
  4. Angkat, toskan lebihan minyak dan ayam siap untuk dihidangkan.

Cara Memasak (Nasi ayam)

  1. Panaskan kuali, masakkan mentega sehingga larut dan masukkan kayu manis, buah pelaga, dan bunga lawang, tumis sehingga naik bau.
  2. Masukkan bawang putih, halia, bawang kecil, bawang besar yang telah dihiris dan daun pandan. Masak sehingga keperang-perangan dan naik bau.
  3.  Masukkan beras yang telah dibasuh ke dalam periuk nasi.
  4. Masukkan sup ayam dan bahan-bahan yang telah ditumis ke dalamnya dan perasakan dengan garam secukupnya, Gaul rata dan masak nasi tersebut.

Cara Memasak (Sambal)

  1. Menggunakan pengisar, kisar cili kering sehingga lumat.
  2. Masukkan cili padi, bawang putih, bawang besar dan kisarkan sehingga semua bahan lumat sebati.
  3. Di dalam periuk, masukkan bahan kisar tersebut, tambahkan air dan masak sehingga mendidih.
  4. Akhirnya, perasakan sambal tersebut dengan garam,serbuk stok ayam,perahan air lemon dan gula perang secukup rasa.
  5. Sambal siap untuk dihidangkan bersama nasi ayam.

Nota: Gula perang boleh digantikan dengan gula pasir.

Cara Memasak (Kuah Kicap)

  1. Campurkan air rebusan ayam bersama kicap perapan ayam.
  2. Kacau sebati kuah kicap nasi ayam siap.

Honey Chicken Rice 

Ingredients (Soup)

  • 1 inch ginger (sliced)
  • 3 cloves shallot (sliced)
  • 1/2 onion (sliced)
  • 2 cloves garlic (sliced)
  • 24 gm soup powder
  • 1 soup spices (Bunjut soup)
  • 2 tsp of chicken stock powder
  • 5 coriander roots
  • 3 scallion roots
  • 1  1/2 litre water
  • 2 tsp of white pepper
  • 1/2 tsp of salt
  • 2 parts of chicken thigh
  • Cooking oil

Ingredients (Chicken)

  • Soy sauce
  • 2 tsp of oyster sauce
  • 1 tbsp of honey
  • 1/2 tsp of black pepper
  • Cooking oil (as needed)

Ingredients (Rice)

  • 2 cups of rice (washed)
  • 2 cups of chicken stock 
  • 24 gm of butter
  • 2 cloves shallot (sliced)
  • 1/2 onion (sliced)
  • 2 cloves garlic (sliced)
  • 1 inch ginger (sliced)
  • 1 strand of pandan leave (knotted) 
  • 2 star anise
  • 4 cardamoms
  • 2 cinnamon sticks
  • 1 tsp of salt

Ingredients (Chili Sauce)

  • 10 dried chilies (deseeded and boiled)
  • handful of bird’s eye chilies
  • 1/2 lemon (squeezed)
  • 4 cloves shallot
  • 3 cloves garlic
  • 1/2 tsp of salt
  • 3 tsp of brown sugar
  • 2 tsp of chicken stock powder
  • 150 ml water

Ingredients (Soy Sauce)

  • 1 cup of chicken stock
  • 1/2 cup of soy sauce from the marinated chicken

Cooking methods (Soup)

  1. Saute garlic, shallot, ginger and onion inside a pan.
  2. Put in soup spices, coriander roots and scallion roots. Stir well.
  3. Put in soup powder and stir until fragrant. Pour in half litre of water and stir for a while.
  4. Then, add in chicken and one litre of water. Cook until the chicken is softened.
  5. Cook soup for a while and season with salt, white pepper and chicken stock powder.
  6. Cook until the soup bubbling and reserve the chicken in a bowl.

Cooking methods (Chicken)

  1. Put in soy sauce, oyster sauce and honey. Coat boiled chicken thoroughly.
  2. Season the chicken with salt and marinate it for an hour.
  3. Preheat cooking oil and deep fry at medium heat until it is fully cooked.
  4. Lift up and drain excess oil off chicken. Now, it’s ready to be served.

Cooking methods (Rice)

  1. Heat the pan, cook butter until fully melted and sauteed cardamoms, star anise and cinnamon bark until fragrance. 
  2. Put in sliced garlic, ginger, shallot, onion and knotted pandan leaf. Saute them until golden brown.
  3. Place washed rice inside a rice cooker.
  4. Lastly, pour in chicken stock sauteed ingredients. Mix them well and cook seasoned rice.

Cooking methods (Chili sauce)

  1. Using the blender, blend dried chilies into paste.
  2. Then, put in bird’s eye chilies, shallot and garlic. Blend them until well-combined and smooth in texture.
  3. Pour the blending mixture into the pot, add water and cook until bubbling.
  4. Lastly, season the sauce with salt,chicken stock powder, lemon juice and sugar to taste.
  5. Chili sauce is now ready to be served with the chicken and rice.

Note: Brown sugar can be replaced with granulated sugar.

Cooking methods (Soy Sauce)

  1. Mix chicken stock with the balance of soy sauce from the marinated chicken.
  2. Mix them well soy sauce is now ready to be served.

 

 

SUBSCRIBE Youtube Untuk Lebih Banyak Video Resepi

Mohon share sekiranya suka resepi ini

Youtube

Facebook

Rasaflix Telegram