Chicken

Resepi Ayam Bakar Madu Kuah Pedas | Honey Roasted Chicken Hot Sauce Recipe

Resepi Ayam Bakar Madu Kuah Pedas | Honey Roasted Chicken Hot Sauce Recipe

Mohon share sekiranya suka resepi ini

Ayam merupakan makanan kegemaran ramai termasuklah kanak-kanak. Hari-hari makan ayam pun okey saja katanya. Lagi-lagi kalau jenis goreng tepung tu, wow sedapnya! Tapi kalau sesekali ubah resepi pun memang tak ada salahnya. Daripada bergoreng, apa kata mak-mak di rumah cuba buat ayam bakar madu pula? Berbanding makan di restoran, lebih sedap bila masak hasil daripada air tangan sendiri. Murah pun murah tau.

Tak perlu gigih nak bakar guna arang kayu pun. Berbekalkan sebuah ketuhar sahaja, anda boleh hasilkan satu menu ayam bakar yang cukup enak hingga menjilat jari. Senang je kan? Selamat mencuba semua.

Resepi Ayam Bakar Madu Kuah Pedas

Bahan-bahan (Ayam Bakar Madu)

  • 1 ekor ayam
  • 2 tangkai serai (dicincang)
  • 1 inci halia (dicincang)
  • 1 ulas bawang merah (dicincang)
  • 2 ulas bawang putih (dicincang)
  • 2 sb garam
  • 1 sb lada hitam
  • 1 sk serbuk kunyit
  • 1 sk serbuk cili
  • 1 sb sos cili
  • 1 sb sos tiram
  • 1 sb madu
  • 1 batang lobak merah (dipotong)
  • 2 batang saderi (dipotong)
  • 1 biji kentang (dipotong dadu)
  • 2 tangkai rosemary
  • 2 sb minyak jagung
  • 1 biji lemon
  • 10 biji tomato ceri (hiasan)

Bahan-bahan (Kuah Pedas)

  • 2 sb pes cili
  • 3 tangkai cili besar
  • 2 ulas bawang putih
  • 1 biji bawang besar
  • 2 sb gula perang
  • 1 sk garam
  • 1 sk cuka makan
  • 1 sb madu
  • 1 sb tepung jagung + 2 sb air

Cara memasak (Ayam Bakar Madu)

  1. Campurkan serai, halia, bawang merah, bawang putih, lada hitam, serbuk kunyit, serbuk cili, sos cili, sos tiram, madu dan garam. Gaul rata dan ketepikan bahan perapan.
  2. Keringkan ayam menggunakan tisu dapur. Lumurkan garam, minyak jagung dan bahan perapan ke seluruh bahagian ayam.
  3. Susun potongan lobak merah, saderi, kentang dan daun rosemary yang sudah diperasakan dengan garam di tepi ayam.
  4. Sumbatkan lemon dan kentang ke dalam ayam.
  5. Bakar ayam di dalam ketuhar selama 1 jam pada suhu 230°C.
  6. Ayam bakar siap untuk dihidangkan bersama nasi putih dan sos pedas.

Cara memasak (Kuah Pedas)

  1. Kisar cili besar, bawang putih dan bawang besar sehingga lumat.
  2. Di dalam periuk, masukkan bahan kisar, pes cili dan renehkan sehingga berbuih.
  3. Perasakan dengan garam, madu, cuka dan gula perang.
  4. Akhir sekali, masukkan larutan tepung jagung dan kacau sehinga pekat.
  5. Kuah pedas siap untuk dihidangkan.

Honey Roasted Chicken Hot Sauce Recipe

Ingredients (Honey Roasted Chicken)

  • 1 whole chicken
  • 2 lemongrass (minced)
  • 1 inch ginger (minced)
  • 1 red onion (minced)
  • 2 cloves of garlic (minced)
  • 2 tbsp of salt
  • 1 tbsp of black pepper
  • 1 tsp of turmeric powder
  • 1 tsp of chili powder
  • 1 tbsp of chili sauce
  • 1 tbsp of oyster sauce
  • 1 tbsp of honey
  • 1 stick carrot (cut)
  • 2 stick celery (cut)
  • 1 potato (diced)
  • 2 stalk rosemary
  • 2 tbsp of corn oil
  • 1 lemon
  • 10 cherry tomatoes (optional) 

Ingredients (Hot Sauce)

  • 2 tbsp of chili paste 
  • 3 red chilies
  • 2 cloves of garlic
  • 1 whole onion
  • 2 tbsp of brown sugar
  • 1 tsp of salt
  • 1 tsp of vinegar
  • 1 tbsp of honey
  • 1 tbsp corn flour+2 tbsp of water

Cooking method (Honey Roasted Chicken)

  1. Mix well lemongrass, ginger, red onion, garlic, black-pepper, turmeric powder, chili powder, chili sauce, oyster sauce, honey and salt. Combine well the marinade ingredients and set aside.
  2. Pat dry the chicken using kitchen tissue. Rub salt, corn oil and marinated ingredients to all parts of the chicken.
  3. Arrange and seasoned carrot, celery, potato and rosemary with salt beside the chicken.
  4. Stuff the cavity with whole lemon and potatoes.
  5. Roast the chicken in the oven for an hour at 230°C.
  6. Honey roasted chicken ready to be served with white rice and hot sauce.

Cooking method (Hot Sauce)

  1. Blend red chilies together with garlic and onion until fine.
  2. In the saucepan, pour in ground ingredients, chili paste and cook to boil and simmer.
  3. Season with salt, honey, vinegar and brown sugar.
  4. Lastly, pour in corn starch solution and stir until thicken.
  5. Hot sauce ready to be served.

 

 

SUBSCRIBE Youtube Untuk Lebih Banyak Video Resepi

Mohon share sekiranya suka resepi ini

Youtube

Facebook

Rasaflix Telegram