Western Style Prawn Seafood

Resepi Pasta Aglio Olio Udang Pedas | Spicy Shrimp Aglio Olio Pasta Recipe

Resepi Pasta Aglio Olio Udang Pedas | Spicy Shrimp Aglio Olio Pasta Recipe

Mohon share sekiranya suka resepi ini

Walaupun berasal dari luar negara, tapi pasta Aglio Olio sering menjadi menu pilihan di restoran sekitar Malaysia kerana boleh menggamit selera sesiapa pun. Tapi anda tahu tak, resepi ini sebenarnya amat mudah untuk disediakan dan tak perlu bersusah payah kena pergi kafe hipster yang mahal demi memenuhi craving masing-masing.

Dengan hanya menggunakan bahan asas seperti minyak zaitun, bawang putih dan serbuk cili, surirumah biasa pun boleh hasilkan juadah Western yang sedap ini. Ditambah pula dengan isi udang atau bahan seafood segar yang lain, pasti boleh menyempurnakan lagi pasta Aglio Olio ini. Khas yang ingin cuba menu ini, jom tengok resepi dan cara penyediaan pasta istimewa berkenaan seperti di bawah.

Resepi Pasta Aglio Olio Udang

Bahan-Bahan

  • 10 ekor udang
  • 1 sb parsli kering
  • 1 sb serbuk cili
  • 1 pkt pasta
  • 2 sk garam
  • 1 sk serbuk stok ayam
  • 1/2 jus lemon
  • 2 sb minyak zaitun
  • Tomato ceri (potong separuh)
  • Lada benggala (dihiris)
  • 3 ulas bawang putih (dicincang)
  • 2 sk lada hitam

Cara Memasak

  1. Rebus pasta dalam air yang mendidih dan masukkan sedikit garam dan minyak. Masak sehingga lembut dan toskan.
  2. Tuangkan minyak zaitun ke atas pan dan tumis bawang putih bersama udang. Masak seketika sehingga udang jadi kemerah-merahan dan naik bau.
  3. Masukkan parsli kering, serbuk cili dan jus lemon.
  4. Kemudian, masukkan sayuran yang telah dipotong dan gaul sekata.
  5. Perasakan dengan garam, lada hitam dan serbuk stok ayam.
  6. Masukkan pasta yang telah direbus, kemudian gaul sebati.
  7. Pasta Aglio Olio Udang siap untuk dihidangkan.

Shrimp Aglio Olio Pasta Recipe

Ingredients 

  • 10 shrimps
  • 1 tbsp of dried parsley
  • 1 tbsp of chili flakes
  • 1 packet of pasta
  • 2 tsp of salt
  • 1 tsp of chicken stock powder
  • 1/2 lemon juice
  • 2 tbsp of olive oil
  • Baby tomatoes (cut into half)
  • Bell pepper (sliced)
  • 3 cloves garlic (minced)
  • 2 tsp of black pepper

Cooking Methods

  1. Boil pasta with bit of salt and oil until al dente and drain it
  2. Pour olive oil into a pan, saute garlic and shrimps until reddened and fragrant.
  3. Put in dried parsley, chili flakes and lemon juice.
  4. Put in sliced bell pepper and tomatoes in half. Stir well.
  5. Season them with salt, black pepper and chicken stock powder.
  6. Add in boiled pasta and mix them well.
  7. Shrimp Aglio Olio Pasta is now ready to be served.

 

SUBSCRIBE Youtube Untuk Lebih Banyak Video Resepi

Mohon share sekiranya suka resepi ini

Youtube

Facebook

Rasaflix Telegram