Resepi Apam Comel Bercorak Buah | Cute Fruit Design Steamed Cupcake Recipe
Kuih Muih Dessert

Resepi Apam Comel Bercorak Buah | Cute Fruit Design Steamed Cupcake Recipe

Mohon share sekiranya suka resepi ini

Apam bercorak memang dessert yang sangat menarik perhatian kanak-kanak. Sebab apa agaknya? Mestilah sebab warna dia yang meriah macam pelangi tu. Apabila ada majlis makan-makan di sekolah atau tadika sekalipun, manisan ini sentiasa menjadi pilihan popular. Anak-anak pun mesti minta pada mak ayah untuk buatkan dan bagi kawan-kawan rasa. Lagi seronok kalau proses memasak apam ni dibuat sekali bersama-anak.

Nak buat apam bercorak ini mudah je sebenarnya walaupun perkataan ‘bercorak’ tu macam susah je bunyinya. Tapi kalau dah mahir, boleh juga dijadikan bahan jualan. Hujung bulan, dapatlah juga duit sampingan, betul tak? Tak perlu buang masa lagi, mari kita lihat resepi dan cara-caranya.

Resepi Apam Comel Bercorak Buah

Bahan-Bahan

  • 2 biji telur
  • 1 cwn gula
  • 1 sk ovalet
  • 1 cwn susu segar
  • 2 cwn tepung naik sendiri (diayak)
  • pewarna makanan (merah, hijau, kuning, ungu)
  • Jem blueberry

Cara memasak

  1. Campurkan telur, gula, dan ovalet, kisar menggunakan pengisar sehingga sebati.
  2. Tuangkan campuran ke dalam mangkuk.
  3. Masukkan tepung naik sendiri dan susu secara berselang-seli, gaulkannya sebati.
  4. Asingkan sedikit adunan untuk diwarnakan.
  5. Masukkan adunan ke dalam piping bag.
  6. Letakkan paper cup di dalam acuan lompang.
  7. Picitkan sedikit adunan ke dalam paper cup.
  8. Letakkan sedikit jem blueberry.
  9. Picitkan lagi adunan sehingga penuh paper cup.
  10. Corakkan apam dengan kreativiti anda.
  11. Kukus selama 15 minit.
  12. Setelah selesai, apam comel bercorak buah siap untuk dinikmati.

Cute Fruit Design Steamed Cupcake Recipe

Ingredients 

  • 2 nos eggs
  • 1 cup of sugar
  • 1 tsp of ovalette
  • 1 cup of fresh milk
  • 2 cups of self-rising flour (sifted)
  • Food coloring (red, green, yellow, purple)
  • Blueberry jam

Cooking methods

  1. Mix eggs, sugar and ovalette, blend them altogether using blender until well-mixed.
  2. Pour the mixture into bowl.
  3. Add self-rising flour and fresh milk alternately, mix them well.
  4. Divide mixture into several parts  for coloring purpose.
  5. Put the mixture into piping bag.
  6. Put paper cup inside lompang mold.
  7. Pipe bit of mixture into paper cup.
  8. Put some blueberry jam into it.
  9. Continue to pipe until paper cup full.
  10. Pattern it based on your creativity.
  11. Steam for 15 minutes.
  12. Once it is done, cute fruit design steamed cupcake is ready to be enjoyed.

 

SUBSCRIBE Youtube Untuk Lebih Banyak Video Resepi

Mohon share sekiranya suka resepi ini

Youtube

Facebook

Rasaflix Telegram