Ayam

Resepi Ayam Buttermilk Pekat Berkrim | Creamy Buttermilk Chicken Recipe

Resepi Ayam Buttermilk Pekat Berkrim | Creamy Buttermilk Chicken Recipe

Mohon share sekiranya suka resepi ini

Ayam buttermilk ini sememangnya menu yang sangat enak dan sangat digemari oleh ramai orang. Rasanya yang sedikit pedas dan lemak berkrim dari susu dan mentega sudah tentu dapat membangkitkan selera. Aroma dari daun kari pula dapat menambahkan lagi bau haruman pada makanan. Lebih sedap untuk dinikmati ketika makanan masih panas.

Resepi ayam buttermilk ini sangatlah mudah untuk dimasak. Bahan pon senang untuk didapati. Masak di rumah pon boleh. Jadi mari kita lihat cara-caranya.

Resepi Ayam Buttermilk Pekat Berkrim

Bahan-Bahan Ayam Goreng

  • 2 keping dada ayam (dipotong kecil)
  • 5 sb tepung goreng serbaguna
  • 1/3 cwn air

Bahan-Bahan Kuah Buttermillk

  • 4 sb mentega
  • 1 biji bawang merah (dihiris)
  • 3 ulas bawang putih (dihiris)
  • 5 biji cili api (dipotong kecil)
  • 2 tangkai daun kari
  • 1 cwn susu cair
  • 2 keping keju cheddar
  • Minyak masak

Cara memasak

  1. Untuk ayam goreng, campurkan tepung goreng serbaguna dan air di dalam satu mangkuk, gaulkan is sehingga sebati.
  2. Masukkan dada ayam dan gaulkan sehingga semuanya sebati.
  3. Panaskan minyak di dalam kuali dan gorengkan ayam sehingga warna bertukar coklat keperangan.
  4. Untuk kuah buttermilk, cairkan mentega terlebih dahulu di dalam kuali.
  5. Tumiskan bawang merah, bawang putih, cili api dan daun kari sehingga naik bau.
  6. Tuangkan susu cair ke dalam kuali dan masak sehingga mendidih.
  7. Masukkan pula keju cheddar dan gaulkan semuanya sehingga sebati dan pekat.
  8. Setelah itu, masukkan ayam yang telah digoreng ke dalam kuah dan gaulkan sebati.
  9. Ayam butttermilk siap untuk dinikmati.

Creamy Buttermilk Chicken Recipe

Fried Chicken Ingredients 

  • 2 pcs of chicken breast (cut into smaller size)
  • 5 tbsp of all-purpose frying flour
  • 1/3 cup of water

Buttermilk Gravy Ingredients

  • 4 tbsp of butter
  • 1 red onion (sliced)
  • 3 cloves of garlic (sliced)
  • 5 bird’s eye chilies (cut into smaller size)
  • 2 strands of curry leaves
  • 1 cup of evaporated milk
  • 2 pcs of cheddar cheese
  • Cooking oil

Cooking methods

  1. For fried chicken, mix all-purpose frying flour and water in a bowl, mix it thoroughly.
  2. Add chicken breast and mix it well.
  3. Heat cooking oil in a pan and deep fry chicken until it turns into golden brown color.
  4. For buttermilk gravy, melt the butter first inside pan.
  5. Saute’ red onion, garlic, bird’s eye chili and curry leaves until fragrant.
  6. Pour evaporated milk into pan and cook until  it boils.
  7. Add cheddar cheese and mix it well until becomes thicken.
  8. Then, add fried chicken into the gravy and mix it well.
  9. Chicken buttermilk is ready to be served.

 

SUBSCRIBE Youtube Untuk Lebih Banyak Video Resepi

Mohon share sekiranya suka resepi ini

Youtube

Facebook

Rasaflix Telegram