Ayam

Resepi Ayam Masak Merah | Malay-Style Red Cooked Chicken Recipe

Resepi Ayam Masak Merah | Malay-Style Red Cooked Chicken Recipe

Mohon share sekiranya suka resepi ini

Ayam masak merah sememangnya menu wajib yang akan dihidangkan kepada tetamu khususnya di majlis perkahwinan masyarakat Melayu. Tidak kiralah dilawankan dengan nasi putih atau nasi minyak sekali pun, kemanisan sambal bersama aroma rempah ratusnya mampu membangkitkan selera. Maka tidak hairanlah sekiranya ramai orang menggemari masakan ini.

Secara dasarnya, cara menyediakan resepi ini mungkin tampak ‘renyah’ kerana melibatkan banyak proses memasak. Namun dengan mengikuti perkongsian resepi daripada kami, mungkin tanggapan anda bakal berubah kerana sebenarnya senang sangat untuk membuatnya.¬† Kalau nak rasai keenakan air tangan sendiri, kenalah cuba resepi ni ya?

Resepi Ayam Masak Merah

Bahan-Bahan Ayam Goreng

  • 1/2 ekor ayam (dipotong)
  • Serbuk kunyit secukupnya
  • Garam secukupnya

Bahan-Bahan Kisar

  • 4 biji bawang merah
  • 5 ulas bawang putih
  • 2 inci halia
  • 2 inci lengkuas
  • 2 batang serai
  • 20 tangkai cili kering (dibuang biji & direbus)
  • Air secukupnya

Bahan-Bahan Kuah

  • 1/2 biji bawang besar (dihiris tebal)
  • 2 tangkai daun kari
  • 1 1/2 biji gula melaka
  • 3 sb sos tiram
  • 1 sb asam jawa
  • 1 biji bawang besar (dipotong bulat)
  • 1 biji cili merah (dihiris memanjang)
  • Bahan kisar
  • 2 sk garam

Cara memasak

  1. Gaulkan ayam bersama kunyit dan garam sehingga sebati.
  2. Panaskan minyak di dalam kuali dan gorengkan ayam sehingga sedikit garing & warna bertukar perang. Angkat ke tepi & toskan minyak.
  3. Kisarkan cili kering, bawang merah, bawang putih, halia, lengkuas dan serai sehingga lumat.
  4. Dengan sedikit minyak gorengan ayam tadi, tumiskan dahulu hirisan bawang merah dan daun kari sehingga naik bau.
  5. Tumiskan pula bahan kisar sehingga pecah minyak.
  6. Masukkan gula melaka dan gaul sehingga semuanya larut.
  7. Masukkan pula sos tiram dan asam jawa.
  8. Kemudian, masukkan ayam goreng dan gaulkan sebati.
  9. Tambahkan bawang yang dipotong bulat dan masakkan seketika.
  10. Perasakan dengan garam. Hiaskan ayam masak merah dengan hirisan cili merah dan ia siap untuk dinikmati.

Malay-Style Red Cooked Chicken Recipe

Fried Chicken Ingredients 

  • 1/2 chicken (cut)
  • Turmeric powder sufficiently
  • Salt sufficiently

Blend Ingredients

  • 4 red onions
  • 5 cloves of garlic
  • 2 inch of gingers
  • 2 inch of galangal
  • 2 stalks of lemongrass
  • 20 pcs of dried chilies (deseeded & boiled)
  • Water sufficiently

Gravy Ingredients

  • 1/2 large onion (roughly sliced)
  • 2 sprigs of curry leaves
  • 1 1/2 palm sugar
  • 3 tbsp of oyster sauce
  • 1 tbsp of tamarind
  • 1 large onion (ring sliced)
  • 1 red chili (Julienne cut)
  • Blend ingredients
  • 2 tsp of salt

Cooking methods

  1. Season chicken with turmeric powder and salt.
  2. Heat oil inside pan and fry the chicken until the color turns golden brown. Put aside first.
  3. Blend well dried chilies, onions, garlic, gingers, galangal and lemongrass.
  4. Using some of the fried chicken oil, saute’ sliced onion and curry leaves until fragrant.
  5. Saute’ blended ingredients until the oil separates.
  6. Add palm sugar and stir well.
  7. Add oyster sauce and tamarind.
  8. Next, add fried chicken and mix well.
  9. Add onion rings and cook for a while.
  10. Season with salt. Garnish Malay-style red cooked chicken with red chili and it is ready to be served.

 

Nak resepi lagi? Sertai Telegram Rasaflix di https://t.me/rasaflix

SUBSCRIBE Youtube Untuk Lebih Banyak Video Resepi

Mohon share sekiranya suka resepi ini

Youtube

Facebook