Ayam

Resepi Ayam Paprik Ala Thai | Thai Style Spicy Chicken Stir-Fry Recipe

Resepi Ayam Paprik Ala Thai | Thai Style Spicy Chicken Stir-Fry Recipe

Mohon share sekiranya suka resepi ini

Menu masakan paprik memang tak dinafikan sangat sedap! Tak kiralah ayam, daging ataupun makanan laut, semua pastinya enak apabila dimasak cara tersebut. Mana taknya, menu yang aslinya dari negara ‘Gajah Putih’ ini cukup unik sebab ada pelbagai rasa terutamanya masam serta pedas.

Kuah berperisa pekat dan dicampur dengan pelbagai jenis sayuran ternyata membangkitkan lagi selera makan. Ianya ringkas dan mudah untuk dimasak. Jom kita tengok macam mana nak masak menu ayam paprik ala Thai.

Resepi Ayam Paprik Ala Thai

Bahan-Bahan

  • 3 ulas bawang putih (hiris kasar)
  • 1 inci halia (hiris nipis)
  • 1 batang serai (dititik)
  • 1 sb cili kisar
  • 2 keping dada ayam (dipotong kecil)
  • 3 sb sos cili
  • 1 sb pes tomyam
  • 1 sb sos tiram
  • 1 sb kicap manis
  • 3 helai daun limau purut
  • 4 biji cili api (dipotong serong)
  • Sebiji lobak merah (dipotong memanjang)
  • 2 batang kacang panjang (dipotong 2 inci panjang)
  • 3 batang jagung muda (dipotong serong)
  • 1 biji bawang holland (hiris kasar)
  • 1 sk garam
  • 1 sk gula
  • Minyak masak

Nota: Boleh gunakan apa saja sayur pilihan anda.

Cara memasak

  1. Tuangkan sedikit minyak ke dalam kuali dan tumiskan bawang putih, halia dan serai sehingga naik aromanya.
  2. Masukkan cili kisar dan tumiskan sehingga pecah minyak.
  3. Masukkan dada ayam dan masak untuk seketika.
  4. Tambahkan sos cili ke dalam masakan dan gaulkan sebati.
  5. Kemudian, masukkan pes tomyam dan masak hingga naik bau.
  6. Tambahkan pula sos tiram dan kicap manis ke dalam masakan.
  7. Masukkan daun limau purut bagi menambahkan bau harum masakan ayam paprik.
  8. Masukkan sayur yang telah dipotong ke dalam masakan dan gaulkan seketika.
  9. Tambahkan bawang holland dan gaulkan kesemuanya hingga sebati.
  10. Setelah selesai, ayam paprik ala Thai siap untuk dihidangkan.

Thai Style Chicken Stir-Fry Recipe

Ingredients 

  • 3 cloves of garlic (roughly sliced)
  • 1 inch of ginger (finely sliced)
  • 1 pcs of lemongrass (bruised)
  • 1 tbsp of blended chili
  • 2 pcs of chicken breast (cut into small size)
  • 3 tbsp of chili sauce
  • 1 tbsp of  tom yum paste
  • 1 tbsp of oyster sauce
  • 1 tbsp of sweet soy sauce
  • 3 pcs of kaffir lime leaves
  • 4 pcs of bird’s eye chilies (diagonal cut)
  • 1 carrot (batonnet cut)
  • 2 long beans (2 inch cut)
  • 3 stalks of babycorn (diagonal cut)
  • 1 holland onion (roughly sliced)
  • 1 tsp of salt
  • 1 tsp of sugar
  • Cooking oil

Note:  You can use your preferable vegetables.

Cooking methods

  1. Pour a little bit of cooking oil and start saute’ garlic, ginger and lemongrass.
  2. Add blended chili and cook them until the oil separates.
  3. Add in chicken breast and cook for a while.
  4. Put chili sauce into the pan and stir it.
  5. Then, put tom yum paste and cook until it smells.
  6. Add oyster sauce and sweet soy sauce.
  7. Add kaffir lime leaves into the dishes to enhance the smell.
  8. Add cut vegetables into dishes and cook for a while.
  9. Add holland onion and stir it thoroughly.
  10. Once done, Thai style chicken stir-fry is ready to be served.

 

SUBSCRIBE Youtube Untuk Lebih Banyak Video Resepi

Mohon share sekiranya suka resepi ini

Youtube

Facebook

Rasaflix Telegram