Western Style Dessert

Resepi Bertih Jagung Karamel Rangup | Crunchy Caramel Popcorn Recipe

Resepi Bertih Jagung Karamel Rangup | Crunchy Caramel Popcorn Recipe

Mohon share sekiranya suka resepi ini

Popcorn adalah snek ringan yang popular lebih-lebih lagi kalau pergi menonton wayang. Kalau sebut popcorn mesti teringat panggung wayang. Takkan nak susah-susah pergi wayang dulu baru dapat makan popcorn ni kan? Kalau buat sendiri, boleh makan sambil menonton TV di rumah. Lagi seronok!

Popcorn ni sebenarnya mudah je nak buat. Hanya perlukan beberapa bahan sahaja. Guna periuk dekat rumah pon dah boleh buat popcorn. Kuantitinya pula banyak dan jauh lebih murah daripada yang selalu dijual di pawagam. Jom kita lihat bagaimana cara untuk membuat popcorn karamel yang rangup ini.

Resepi Bertih Jagung Karamel Rangup

Bahan-Bahan Bertih Jagung

  • 2/3 cwn biji jagung kering
  • 4 sudu besar minyak masak
  • 1 sb mentega
  • 1 sk garam

Bahan-Bahan Karamel

  • 150gm gula
  • 1/2 cwn air
  • 1 sb mentega

Cara memasak

  1. Untuk bertih jagung, tuangkan minyak dan panaskan ia di dalam kuali terlebih dahulu.
  2. Masukkan mentega dan gaulkannya sehingga larut.
  3. Masukkan pula biji jagung kering dan gaulkan seketika.
  4. Tutupkan kuali dengan penutup dan biarkan biji jagung kering mengembang dan ‘meletup-letup’.
  5. Setelah selesai, pindahkan bertih jagung ke dalam mangkuk.
  6. Tambahkan garam ke dalam mangkuk bertih jagung dan gaulkannya.
  7. Untuk karamel, masukkan gula dan air, biarkan ia masak sehingga bertukar warna coklat keperangan.
  8. Kemudian, masukkan mentega dan gaulkan hingga hilang buih-buihnya.
  9. Tuangkan karamel ke dalam mangkuk bertih jagung dan gaulkannya.
  10. Taburkan bertih jagung ke atas dulang dan biarkan karamel mengeras seketika.
  11. Lepas itu, leraikan mana-mana bertih jagung yang masih melekat.
  12. Masukkan bertih jagung karamel ke dalam mangkuk dan siap untuk dimakan. Boleh juga simpan dalam bekas kedap udara untuk kekalkan kerangupannya.

Crunchy Caramel Popcorn Recipe

Popcorn Ingredients 

  • 2/3 cup of popcorn kernels
  • 4 tbsp of cooking oil
  • 1 tbsp of butter
  • 1 tsp of salt

Caramel Ingredients

  • 150gm of sugar
  • 1/2 cup of water
  • 1 tbsp of butter

Cooking methods

    1. For popcorn, pour oil into pan and heat it first.
    2. Add butter and stir the mixture until dissolved.
    3. Add popcorn kernels and mix it for a while.
    4. Close the pan with its lid and let the popcorn kernels pop.
    5. Once it is done, transfer the popcorn into a bowl.
    6. Add salt into popcorn bowl and mix it.
    7. For caramel,  add sugar and water, let them cook until golden brown. 
    8. Next, add butter and simmer altogether until the foam disappear.
    9. Pour caramel into popcorn bowl and mix it.
    10. Spread popcorn onto tray and let the caramel harden.
    11. Then, loosen up the sticky popcorn.
    12. Put the popcorn caramel into bowl and ready to be served. Otherwise, keep it in air tight container to maintain the crunchiness.

 

SUBSCRIBE Youtube Untuk Lebih Banyak Video Resepi

Mohon share sekiranya suka resepi ini

Youtube

Facebook

Rasaflix Telegram