Drink Dessert

Resepi Boba Pearl Buatan Sendiri | Homemade Boba Pearl Recipe

Mohon share sekiranya suka resepi ini

Air boba pearl sememangnya minuman viral yang menjadi kegilaan orang ramai. Bahkan jika kita saksikan sekarang, kedai yang menjual minuman ini ada di merata-rata tempat. Walaupun harganya boleh tahan mahal, orang sanggup beratur panjang untuk membelinya. Namun, timbul juga tanda tanya tentang asal-usul boba pearl lebih-lebih lagi mengenai cara penghasilannya yang entah selamat mahupun tidak.

Jadi, kami nak tunjukkan resepi boba pearl buatan sendiri yang diyakini lebih bersih dan selamat tanpa menggunakan pewarna makanan. Paling penting, bahan-bahannya pun agak murah danĀ  sangat mudah untuk didapati. Dengan air tangan sendiri, bolehlah anda nikmatinya sepuas-puas hati. Lagi sedap daripada beli di kedai tau.

Resepi Boba Pearl Buatan Sendiri

Bahan-Bahan Boba Pearl

  • 1 cwn tepung ubi
  • 1/4 cwn gula perang
  • 1/2 cwn air
  • 1 sb serbuk koko

Nota:

  1. Serbuk koko digunakan sebagai pengganti kepada pewarna makanan.
  2. Sediakan juga satu jug kecil air untuk proses menguli.

Bahan-bahan Air Gula

  • 1 cwn air
  • 1/4 cwn gula perang

Cara memasak

  1. Untuk boba pearl, di dalam satu mangkuk, gaulkan tepung ubi dan serbuk koko hingga sebati.
  2. Kemudian, panaskan dahulu air dan gula perang di dalam kuali sehingga mendidih.
  3. Masukkan dahulu dua sudu besar campuran tepung ke dalam air gula mendidih dan gaulkan sehingga sebati. Kemudian, masukkan pula baki campuran tepung dan gaulkannya sehingga menjadi adunan.
  4. Ketika adunan masih hangat, uli adunan boba di atas permukaan rata sehingga menjadi doh dengan menambahkan air sedikit demi sedikit.
  5. Setelah adunan diuli menjadi doh, cubitkan sedikit doh dan bulat-bulatkan kepada saiz kecil sebelum dimasukkan ke dalam mangkuk berisi tepung ubi.
  6. Panaskan air di dalam periuk sehingga mendidih dan masukkan boba pearl yang telah siap dibulatkan tadi. Teruskan mengacau supaya boba pearl tak melekat sesama sendiri.
  7. Setelah siap direbus, angkat semua boba pearl ke dalam mangkuk berisi air sejuk dan biarkan seketika.
  8. Selepas itu, tapiskan boba pearl.
  9. Untuk air gula, panaskan air dan gula perang sehingga mendidih dan masukkan boba pearl yang telah ditapis tadi. Gaulkan sehingga air gula menjadi sedikit pekat.
  10. Hidangkan boba pearl bersama air pilihan anda.

Homemade Boba Pearl Recipe

Boba Pearl IngredientsĀ 

  • 1 cup of tapioca flour
  • 1/4 cup of brown sugar
  • 1/2 cup of water
  • 1 tbsp of cocoa powder

Sugar Mixture Ingredients

  • 1 cup of water
  • 1/4 of brown sugar

Note:

  1. Cocoa powder is used as a substitution for food coloring
  2. Prepare a small jug of water for kneading process.

Cooking methods

  1. For the boba pearl, mix tapioca flour and cocoa powder together in a bowl.
  2. Then, heat up water and brown sugar in a pan until boil.
  3. Add 2 tbsp of flour mixture in hot sugar mixture first and mix it thoroughly. Then add the balance of flour mixture and mix it well.
  4. After that, when the flour mixture is still warm, knead the mixture on a flat surface until it becomes dough by adding water gradually.
  5. Once the dough has been kneaded, take a little bit of dough and make it into small round ball before put it in a bowl of tapioca flour.
  6. Heat water in a pot until it boil and add round boba pearls into it. Make sure to always mix it to avoid the boba pearl stick with each other.
  7. Once the boba pearl is cooked, transfer the boba pearl into a bowl of cold water and put aside.
  8. After that, strain the boba pearl.
  9. For sugar mixture, heat up water and brown sugar until boil and add strained boba pearl. Mix it until the mixture become thick texture.
  10. Serve the boba pearl with your drinks of choice.

 

SUBSCRIBE Youtube Untuk Lebih Banyak Video Resepi

Mohon share sekiranya suka resepi ini

Youtube

Facebook

Rasaflix Telegram