Kuih Muih Pencuci Mulut

Resepi Bomboloni Coklat Gebu | Fluffy Chocolate Italian Doughnut Recipe

Resepi Bomboloni Coklat Gebu | Fluffy Chocolate Italian Doughnut Recipe

Mohon share sekiranya suka resepi ini

Donut bomboloni merupakan hidangan trend masa kini yang menjadi kegemaran ramai. Teksturnya yang gebu disaluti inti padat, memang sangat sedap untuk dinikmati. Sejak menjadi viral, ramai yang mula menjualnya dengan pelbagai perasa seperti coklat, strawberi dan pelbagai lagi.

Kuih bomboloni ini memang puas hati bila makan sebab teksturnya yang gebu dan intinya pula yang begitu padat. Nampak macam kompleks, tapi sebenarnya juadah viral ini sangat mudah disediakan di rumah. Ikut je resepi dan tips ini, confirm jadi!

Resepi Bomboloni Coklat Gebu

Bahan-Bahan

  • 2 cwn tepung gandum
  • 1 sb majerin
  • 1 sb gula
  • 1 sb susu pekat
  • 1/2 sk garam
  • 2 sk yis kering
  • Air suam secukupnya
  • Inti (Nutella)

Nota: Anda boleh menggunakan apa-apa inti kesukaan anda.

Cara memasak

  1. Campurkan tepung gandum, majerin, susu pekat dan gula, gaul rata.
  2. Masukkan yis kering dan garam, gaulkan seketika.
  3. Tambahkan air sedikit demi sedikit dan ulikan doh sehingga tidak melekat pada tangan.
  4. Bentukkan doh kepada bentuk bulat dan rehatkan doh selama 30 minit. Biarkan doh mengembang kepada saiz dua kali ganda.
  5. Kemudian, tekan doh untuk buangkan angin di dalam doh.
  6. Uli doh seketika dan bentukkan kepada bentuk bulat bersaiz sederhana.
  7. Rehatkan doh lagi selama 15 minit.
  8. Panaskan minyak dan gorengkan bomboloni sehingga warna coklat keperangan.
  9. Isikan inti ke dalam piping bag.
  10. Cucuk bomboloni untuk buat lubang inti dan picitkan inti ke dalam bomboloni.
  11. Setelah itu, salutkan bomboloni dengan gula aising.
  12. Bomboloni siap untuk dihidangkan.

Fluffy Chocolate Italian Doughnut Recipe

Ingredients 

  • 2 cups of all-purpose flour
  • 1 tbsp of margarine
  • 1 tbsp of sugar
  • 1 tbsp of condensed milk
  • 1/2 tsp of salt
  • 2 tsp of dry yeast
  • Warm water sufficiently
  • Fillings (Nutella)

Note: You may use any fillings that you like.

Cooking methods

  1. Mix all-purpose flour, margarine, condensed milk and sugar, mix them for a while.
  2. Add dry yeast and salt. Mix for a while.
  3. Add warm water bit by bit and knead dough until it doesn’t sticky.
  4. Shape the dough into round and rest it for 30 minutes. Let the dough rise twice.
  5. Then, remove the air in the dough by pressing it.
  6. Knead the dough for a while and shape it into medium round size.
  7. Rest the dough again for 15 minutes.
  8. Heat cooking oil inside a pan and deep fry doughnut until golden brown.
  9. Put filling inside piping bag.
  10. Pierce doughnut for filling and pipe filling into doughnut.
  11. Next, coat doughnut with icing sugar.
  12. Italian chocolate doughnut is ready to be served.

 

 

SUBSCRIBE Youtube Untuk Lebih Banyak Video Resepi

Mohon share sekiranya suka resepi ini

Youtube

Facebook

Rasaflix Telegram