Cake Dessert Western Style

Resepi Brownies Kedut Mudah & Sedap |Simple Delicious Brownies Recipe

Mohon share sekiranya suka resepi ini

Bila sebut brownies, mesti terbayang rasa coklatnya yang sangat sedap kan? Dikatakan brownies sebenarnya resepi kek yang bantat dan tidak menjadi. Ini kerana tekstur kek kebiasaannya berpori dan lembut,  tetapi, tekstur brownies pula kenyal dan lembab.

Yang menariknya, walaupun dikatakan brownies adalah kek yang tidak menjadi, resepi brownies kedut ini pernah viral di Malaysia. Ramai yang sukakan rasanya yang penuh bercoklat dan cara pembuatannya yang mudah. Malahan, tidak seperti kek lain, brownies tidak memerlukan proses telur dipukul kembang dan cepat disediakan.

Resepi Brownies

Bahan-bahan Adunan Brownies

  • 85 gm mentega
  • 170 gm coklat masakan
  • 2 biji telur
  • 140 gm gula kastor
  • 1 sk  esen vanila
  • ¼ sk garam
  • 100 gm tepung
  • ¼ sk serbuk penaik
  • ¼ cwn serbuk koko
  • 45 gm cip coklat

Bahan-bahan Chocolate Ganache & Hiasan

  • 70 gm whipping cream (dairy)
  • 70 gm coklat masakan
  • Badam (dipanggang)

Cara memasak

  1. Cairkan bahan mentega dan coklat masakan dengan kaedah double boil, kacau rata dan letak tepi sementara.
  2. Dalam sebuah mangkuk, masukkan kesemua telur, gula kastor, esen vanila  dan garam. Pukul sebati. Kemudian campurkan adunan ini dengan campuran coklat dan mentega tadi. Kacau rata sehingga semua campuran sebati.
  3. Ayak tepung, serbuk penaik dan koko  ke dalam adunan sedikit demi sedikit. Kacau rata kesemua bahan dengan cermat sehingga sebati.
  4. Campurkan coklat cip dan kacau rata.
  5. Sediakan loyang bersaiz 7 inci yang telah disapukan mentega dan letakkan kertas minyak. Tuang adunan kek kedalam loyang dengan kemas dan berhati hati.
  6. Panaskan oven pada suhu 160°c selama 15 minit. Bakar kek pada suhu 160°C  selama 30 minit.
  7. Untuk chocolate ganache, dengan kaedah double boil, didihkan whipping cream dan masukkan coklat masakan dan mentega, kacau sehingga sebati.
  8. Taburkan badam panggang dan cip coklat sebagai hiasan. Siap untuk dihidangkan.

Brownies Receipe

Brownies Ingredients 

  • 85 gm butter
  • 170 gm cooking chocolate
  • 2 nos egg
  • 140 gm castor sugar
  • 1 tsp  vanilla essence
  • ¼ tsp salt
  • 100 gm flour
  • ¼ tsp baking powder
  • ¼ cup cocoa powder
  • 45 gm chocolate chip 

Chocolate Ganache & Topping Ingredients

  • 70 gm whipping cream (dairy)
  • 70 gm cooking chocolate
  • Almond (roasted) 

Cooking methods

  1. By using double boil technique, melt the butter and cooking chocolate. Put aside.
  2. In a bowl, add egg, castor sugar, essence vanilla and salt.  Whisk by hand until smooth. Then, combine the ingredients with melted butter and chocolate. Whisk until the batter mix well and smooth.
  3. Sift the flour, cocoa powder and baking powder carefully, add into the cake batter little by little and stir carefully by using rubber spatula until all ingredients well combined.
  4. Add the chocolate chip and fold carefully.
  5. Prepare a 7-inch square baking tray and grease with the butter and put the parchment paper.
  6. Preheat oven at 160°C for 15 minutes. Next, pour the brownies batter carefully and bake at 160°C for 30 minutes.
  7. For the chocolate ganache, by using double boil method, simmer the whipping cream and then, add the cooking chocolate and butter and whisk until smooth.
  8. Decorate the brownies with the chocolate ganache and roasted almond depends on your creativity. Brownies ready to serve, bonne appetite.

 

SUBSCRIBE Youtube Untuk Lebih Banyak Video Resepi

Mohon share sekiranya suka resepi ini

Youtube

Facebook

Rasaflix Telegram