Cake Dessert

Resepi Cheesekut Strawberi | Strawberry Layered Cracker Cheesecake Recipe

Resepi Cheesekut Strawberi | Strawberry Layered Cracker Cheesecake Recipe

Mohon share sekiranya suka resepi ini

Cheesekut merupakan resepi ringkas yang dihasilkan dengan menggunakan biskut dan krim keju sebagai bahan asasnya.  Hasil gabungan nama, cream cheese dan biskut, maka terbitlah nama resepi Cheesekut. Resepi ini amat digemari bukan sahaja kerana cara membuatnya mudah malahan rasanya yang lemak berkrim dan manis secukup rasa begitu menambat selera. Resepi ini juga tidak melibatkan sebarang kaedah masakan. Hanya perlu campurkan bahan-bahan dan sejukkan sahaja.

Jika biasanya variasi cheesekut dibuat dengan menggunakan nestum ataupun coklat, kali ni Rasaflix mencuba kelainan dengan menggunakan strawberi dalam resepi. Memang terangkat habislah rasanya. Jadi tunggu apa lagi, jomlah buat.

Resepi Cheesekut Strawberi

Bahan-Bahan Campuran Krim Keju

  • 500 gm krim keju
  • 1/2 cwn susu pekat
  • 1/2 cwn susu full cream
  • 1/3 cwn inti strawberi

Bahan-Bahan Kek

  • Biskut krim
  • Susu full cream

Cara memasak

  1. Campurkan krim keju, susu pekat dan susu full cream, pukul sehingga sebati menggunakan mixer.
  2. Masukkan inti strawberi dan gaulkan sehingga sebati.
  3. Sediakan loyang untuk cheesekut.
  4. Celupkan biskut dalam susu full cream dan susunkannya di dalam loyang.
  5. Lapiskan campuran krim keju ke atas biskut dan ulang langkah 4 dan 5 secara berselang-seli.
  6. Ratakan lapisan adunan keju di bahagian atas kek dan corakkannya menggunakan strawberry filling.
  7. Sejukkan kek di dalam peti sejuk semalaman.
  8. Kek cheesekut strawberi siap untuk dinikmati.

Strawberry Layered Cracker Cheesecake Recipe

Cream Cheese Mixture Ingredients 

  • 500 gm cream cheese
  • 1/2 cup of condensed milk
  • 1/2 cup of full cream milk
  • 1/3 cup of strawberry filling

Cake Ingredients 

  • Cream crackers
  • Full cream milk

Cooking methods

  1. Mix cream cheese, condensed milk and full cream milk, beat until well-combined using a mixer.
  2. Add strawberry filling and mix well.
  3. Prepare mold for layered cracker cheesecake.
  4. Dunk cream crackers into full cream milk and arrange them inside mold.
  5. Layer cream cheese mixture onto biscuits and repeat number 4 and 5 steps alternately.
  6. Spread well last cream cheese mixture on top of cake and make pattern using strawberry filling.
  7. Chill cake inside refrigerator overnight.
  8. Strawberry layered cracker cheesecake is ready to be enjoyed.

 

 

SUBSCRIBE Youtube Untuk Lebih Banyak Video Resepi

Mohon share sekiranya suka resepi ini

Youtube

Facebook

Rasaflix Telegram