Pastri Pencuci Mulut Snek

Resepi Churros Bersama Sos Coklat | Churros With Chocolate Sauce Recipe

Resepi Churros Bersama Sos Coklat | Churros With Chocolate Sauce Recipe

Mohon share sekiranya suka resepi ini

Churros merupakan sejenis pastri atau kudap-kudapan yang berasal dari Sepanyol. Churros sangat sedap dihidangkan bersama cairan coklat panas. Bahagian luarnya penuh dengan kerangupan manakala bahagian dalamnya pula lembut. Walaupun dibiarkan seharian, ia tidak akan menjadi liat atau keras. Bentuknya seakan-akan cakoi tapi rasanya pula persis cream puff. Jika cream puff dimasak menggunakan kaedah membakar, churros pula dihasilkan dengan cara menggoreng sahaja.

Ala, lebih kurang sama je macam korang nak masak donutlah. Bezanya, dessert ini akan disaluti dengan cinnamon sugar sekali gus membangkitkan aromanya. Sesuai sangat disediakan pada waktu petang untuk dihidangkan kepada keluarga tersayang. Jadi tunggu apa lagi, jomlah try resepi ni!

Resepi Churros Bersama Sos Coklat

Bahan-bahan (Churros)

  • 100 gm mentega
  • 275 ml air
  • 150 gm tepung gandum
  • 2 biji telur
  • 1/2 sk serbuk kayu manis
  • 3/4 cwn gula kastor
  • 1 sk esen vanila

Bahan-bahan (Sos Coklat)

  • 1 cwn coklat gelap
  • 1/2 cwn susu penuh krim
  • 1 sb mentega

Cara memasak

  1. CHURROS: Masak air seketika. Masukkan mentega dan tunggu hingga cair.
  2. Masukkan esen vanila dan tepung. Gaul sehingga campuran menjadi doh.
  3. Ketepikan dan biarkan ia sejuk seketika.
  4. Masukkan telur satu demi satu dan gaulkan sehingga doh berkilat.
  5. Masukkan doh tersebut ke dalam piping bag.
  6. Paipkan doh ke dalam minyak yang panas dengan anggaran 2 inci panjang setiap satu dan gunting.
  7. Goreng sehingga keperangan. Angkat dan toskan.
  8. Pindahkan churros ke dalam bekas bertutup. Tuangkan gula dan serbuk kayu manis. Tutup bekas dengan penutup dan goncangkan sehingga churros disalut rata.
  9. SOS COKLAT: Panaskan coklat, susu, dan mentega atas api sederhana sehingga cair sebati.
  10. Sejukkan seketika. Sos siap untuk dihidangkan bersama churros.

Churros With Chocolate Sauce Recipe

Ingredients (Churros)

  • 100 gm butter
  • 275 ml water
  • 150 gm wheat flour
  • 2 nos eggs
  • 1/2 tsp of cinnamon powder
  • 3/4 cup of castor sugar
  • 1 tsp of vanilla essence

Ingredients (Chocolate Sauce)

  • 1 cup of dark chocolate
  • 1/2 cup of full cream milk
  • 1 tbsp of butter

Cooking methods

  1. CHURROS: Bring water to a boil. Add in butter and cook until butter fully melted.
  2. Add in vanilla essence and wheat flour. Mix until the mixture forming a dough.
  3. Set aside and let it cool for a while.
  4. Add in eggs one by one and beat until dough is shiny.
  5. Place the dough inside a piping bag.
  6. Pipe dough into hot oil with estimation of 2 inch long for each dough and snip off. 
  7. Deep fry until golden brown. Lift up and drain.
  8. Transfer churros into a container. Pour in sugar and cinnamon powder. Close the lid and shake well until churros are fully coated.   
  9. CHOCOLATE SAUCE: Heat chocolate, milk, and butter over medium heat until fully melted and well-combined.
  10. Let it cool and chocolate sauce is ready to be served with churros. 

 

 

SUBSCRIBE Youtube Untuk Lebih Banyak Video Resepi

Mohon share sekiranya suka resepi ini

Youtube

Facebook

Rasaflix Telegram