Ayam

Resepi Gulungan Ayam Mudah & Sihat|Healthy Simple Chicken Wrap Recipe

Mohon share sekiranya suka resepi ini

Chicken wrap atau gulungan ayam merupakan makanan ala barat yang mudah dan menyihatkan. Sesuai untuk mereka yang sukakan sesuatu yang ringkas dan mengeyangkan, gulungan ayam ini sememangnya sesuai dijadikan menu bagi mereka yang sibuk dalam masa yang sama inginkan makanan yang seimbang. Selain itu, gulungan ayam ini juga menjadi sebagai sebahagian menu untuk mereka yang sedang dalam fasa berdiet. Bezanya penggunaan mayonis dan sos sebagai penyedap makanan boleh dikurangkan sesuai dengan diet anda.

Resepi Gulungan Ayam

Bahan-Bahan

  • 250 gm dada ayam (dihiris)
  • 1 sk lada hitam
  • 1 sk dry rosemary
  • 1 sk dry thymes
  • 1 sk garam
  • 3 sdb minyak zaitun
  • 50 gm salad romaine
  • 50 gm timun
  • 50 gm bawang holland
  • 50 gm lobak merah
  • Roti tortilla
  • Cili sos
  • Mayonis

Cara memasak

  1. Perap ayam dengan garam, lada hitam, paprika, thymes dan rosemary dalam sebuah mangkuk. Perap didalam peti sejuk sekurang kurangnya 1 jam.
  2. Tos roti tortilla di dalam pan sehingga panas.
  3. Kemudian, masak ayam yang telah diperap tadi sehingga keperang perangan dan jangan terlampau masak.
  4. Hiris halus timun, lobak merah dan bawang holland. Letak tepi sementara.
  5. Untuk sos, gabungkan mayonis dan juga sos cili, kemudian kacau sehingga sebati.
  6. Apabila kesemuanya bahan telah siap disediakan, letak roti tortilla diatas pinggan, susun salad romaine ditengah tengah diikuti dengan ayam, hirisan timun, lobak merah dan juga bawang holland.
  7. Letakkan sos dan gulungkan roti dengan kemas. Siap dihidang.

Chicken Wrap Recipe

Ingredients 

  • 250 gm chicken breast (sliced)
  • 1 tsp black pepper
  • 1 tsp dry rosemary
  • 1 tsp dry thymes
  • 1 tsp salt
  • 3 tbsp olive oil
  • 50 gm romaine salad
  • 50 gm cucumber
  • 50 gm holland onion
  • 50 gm carrot
  • Tortilla wraps
  • Sauce chili
  • Mayoniese

Cooking methods

  1. In a large bowl, add chicken breast and season with salt, black pepper, paprika, dry thymes and dry rosemary. Keep in chiller at least 1 hours.
  2. In a saucepan, toast the tortilla wrap until warm.
  3. Then, pan fry the chicken on each side until brown colour. Do not overcook the chicken, it wi
  4. Fine slice the cucumber, carrot and onions. Put aside.
  5. For the sauce, combine chili sauce and mayonnaise and mix well.
  6. Once all ingredients have prepared, put the tortilla bread in a plate, layer the romaine salad at the centre, followed by the chicken, sliced cucumber, sliced carrot and slice onion.
  7. Add the sauce nicely and roll up tightly. Ready to serve.

 

SUBSCRIBE Youtube Untuk Lebih Banyak Video Resepi

Mohon share sekiranya suka resepi ini

Youtube

Facebook

Rasaflix Telegram