Ayam Lauk

Resepi Kari Ayam Pekat Lazat | Delicious Thick Chicken Curry Recipe

Resepi Kari Ayam Pekat Lazat | Delicious Thick Chicken Curry Recipe

Mohon share sekiranya suka resepi ini

Kari ayam adalah hidangan yang sangat popular di kalangan semua orang tanpa mengira umur mahupun bangsa. Selalunya di kedai mamak pun, lauk ni memang merupakan makanan wajib yang disertakan dalam senarai menu. Ada macam-macam cara menikmati kari ayam tak kiralah dimakan bersama nasi putih atau roti canai. Mana-mana pun sedap je, ikutlah selera masing-masing, kan?

Namun, ramai yang tidak tahu macam mana nak kari ayam versi pekat walaupun tidak menggunakan kerisik. Bagi yang teringin sangat nak masak sendiri kuah kari ‘kaw’ ni, ayuh ikuti resepi yang kami dah sediakan. Buat sekali, esok-esok confirm nak lagi.

Resepi Kari Ayam Pekat

Bahan-bahan

  • 1 biji kentang (dipotong dadu)
  • 500 gm isi ayam (dipotong kecil)
  • 1/2 cwn minyak masak
  • 200 ml santan
  • 1/2 cwn air (ikut kepekatan kuah)
  • 1/2 sb garam
  • 1/4 cwn air limau nipis
  • 8 sb rempah kari daging
  • 2 sb serbuk cili
  • Sedikit air

Bahan-bahan untuk dikisar

  • 4 biji bawang merah
  • 4 ulas bawang putih
  • 1 inci halia
  • Sedikit air

Bahan-bahan untuk ditumis

  • 2 tangkai daun kari
  • 2 batang kayu manis
  • 2 kuntum bunga lawang
  • 3 buah pelaga
  • 1 biji bawang merah (dihiris)

Nota: Bancuh rempah kari terdahulu sebelum masak untuk mendapatkan kepekatan kuah kari sekata.

Cara memasak

  1. Bancuh rempah kari dan serbuk cili dengan sedikit air untuk dijadikan pes.
  2. Kisarkan kesemua bahan yang perlu dikisar.
  3. Panaskan minyak, tumiskan bahan tumisan sehingga naik bau.
  4. Masukkan bahan kisar dan kacau seketika sehingga kekuningan.
  5. Masukkan pes kari. Teruskan menumis hingga pecah minyak (tambahkan air jika terlalu kering untuk mengelakkan hangit).
  6. Masukkan ayam dan kentang.
  7. Kacau seketika selama 2-3 minit dan tambahkan air limau nipis. Masak sehingga ubi kentang dan ayam menjadi empuk.
  8. Tambahkan santan dan perasakan dengan garam. Tunggu sehingga mendidih dan siap untuk dihidangkan.

Thick Chicken Curry Recipe

Ingredients

  • 1 potato (diced)
  • 500 gm chicken fillet (cut into small pieces)
  • 1/2 cup of cooking oil
  • 200 ml coconut milk
  • 1/2 cup of water (according to the gravy consistency)
  • 1/2 tbsp of salt
  • 1/4 cup of key lime juice
  • 8 tbsp of meat curry powder
  • 2 tbsp of chili powder
  • Bit of water

Ingredients for grinding

  • 4 onions
  • 4 cloves of garlic
  • 1 inch ginger
  • Bit of water

Ingredients for saute

  • 2 stalks of curry leaves
  • 2 cinnamon sticks
  • 2 star anise
  • 3 cardamoms
  • 1 onion (sliced)

Note: Make the curry powder paste first before cooking to get an even curry gravy consistency.

Cooking methods

  1. Mix curry powder and chili powder with bit of water to make a paste.
  2. Grind all ingredients needed.
  3. Heat the oil, saute sauteing ingredients until fragrant.
  4. Add in grinded ingredients and stir for a while until golden.
  5. Add in curry paste. Continue sauteing until the oil separates (add water if it is too dry to avoid burnt).
  6. Add in chicken pieces and potatoes.
  7. Stir for about 2-3 minutes and add in key lime juice. Cook until potatoes and chicken are tender.
  8. Add in coconut milk and season with salt. Bring to a boil and it is ready to be served.

 

 

SUBSCRIBE Youtube Untuk Lebih Banyak Video Resepi

Mohon share sekiranya suka resepi ini

Youtube

Facebook

Rasaflix Telegram