Ayam

Resepi Kari Ayam Kuah Pekat | Chicken Curry with Thick Gravy Recipe

Resepi Kari Ayam Kuah Pekat | Chicken Curry with Thick Gravy Recipe

Mohon share sekiranya suka resepi ini

Ketika zaman pra merdeka di Tanah Melayu, kedatangan kaum India membawa pengaruh besar kepada identiti makanan orang tempatan. Hidangan kari yang diperkaya dengan rempah ratus mempunyai aroma luar biasa selain kewujudan santan yang memberikan rasa lemak pada kuahnya. Bukan sahaja nasi putih, malahan kari ayam sesuai dinikmati bersama roti jala mahupun roti kosong biasa. Lagi ‘kaw’ lagi jika kuahnya sedikit pedas dan pekat.

Penerimaan kari ayam bagi seseorang itu adalah berbeza-beza. Ada yang menggemari kari yang pedas dan ada juga yang tidak. Resepi kari ayam ini menggunakan rempah serbuk kari daging pedas dan tahap kepedasannya adalah sedikit. Sekiranya anda menggemari rasa yang lebih pedas, boleh tambahkan serbuk cili ke dalam tumisan. Walaupun untuk masak kari ayam ini sangatlah simple, ada juga yang menganggap prosesnya agak leceh. Jadi kami nak tunjukkan cara untuk memasak kari ayam yang sedap dan boleh disiapkan sekelip mata.

Resepi Kari Ayam Kuah Pekat

Bahan-Bahan

  • 1/2 ekor ayam (dipotong)
  • 4 biji bawang merah (dihiris)
  • 3 ulas bawang putih (dihiris)
  • 1 inci halia (dihiris)
  • 1 batang kayu manis
  • 1 kuntum bunga lawang
  • 2 biji buah pelaga
  • 2 biji cengkih
  • 1 tangkai daun kari
  • 50gm serbuk kari
  • 1/2 cwn air (untuk tumisan)
  • 1 sb asam jawa
  • 3 cwn santan
  • 2 biji kentang (potongan wedges)
  • 1/2 cwn air
  • 2 sk garam

Nota: Tambahkan serbuk cili sekiranya menggemari rasa yang lebih pedas.

Cara memasak

  1. Panaskan minyak dan tumiskan bawang merah, bawang putih dan halia.
  2. Tambahkan kayu manis, bunga lawang, cengkih, buah pelaga dan daun kari, tumiskan sehingga naik bau.
  3. Masukkan serbuk kari dan air, tumiskan lagi sehingga pecah minyak.
  4. Masukkan ayam dan biarkan seketika.
  5. Tuangkan santan dan gaulkan sebati.
  6. Masukkan asam jawa dan gaulkannya.
  7. Masukkan kentang dan air, tunggu sehingga lembut.
  8. Perasakan kari ayam dengan garam.
  9. Kari ayam kuah pekat siap untuk dihidangkan.

Chicken Curry with Thick Gravy Recipe

Ingredients 

  • 1/2 chicken (cut)
  • 4 red onion (sliced)
  • 3 cloves of garlic (sliced)
  • 1 inch ginger (sliced)
  • 1 cinnamon stick
  • 1 star anise
  • 2 cardamoms
  • 2 cloves
  • 1 strand of curry leaves 
  • 50 gm curry powder
  • 1/2 cup of water (for saute’)
  • 1 tbsp tamarind
  • 3 cups of coconut milk
  • 1/2 cup of water 
  • 2 pcs of potato (wedges cut)
  • 2 tbsp of salt

Note: Add more chili powder if you like it spicy. 

Cooking methods

  1. Heat oil and saute’ red onion, garlic and ginger.
  2. Add cinnamon stick, star anise, cloves, cardamoms and curry leaves, saute’ until fragrant.
  3. Add curry powder and water, saute’ until the oil separates.
  4. Add chicken and cook  for a while.
  5. Pour coconut milk and stir it well.
  6. Add tamarind and stir it.
  7. Add potato and water, cook until soften.
  8. Season chicken curry with salt.
  9. Chicken curry with thick gravy is ready to be served.

 

SUBSCRIBE Youtube Untuk Lebih Banyak Video Resepi

Mohon share sekiranya suka resepi ini

Youtube

Facebook

Rasaflix Telegram