Cake Dessert

Resepi Kek Cawan Teh Susu Boba Gebu | Fluffy Boba Milk Tea Cupcake Recipe

Resepi Kek Cawan Teh Susu Boba Gebu | Fluffy Boba Milk Tea Cupcake Recipe

Mohon share sekiranya suka resepi ini

Di Malaysia ni, siapa je yang tak kenal dengan salah satu minuman viral iaitu Boba Milk Tea? Sekarang ni pun, ramai peniaga yang menjual minuman ni dalam pelbagai perisa. Tapi, sebenarnya kita pun boleh je membuat sesuatu kelainan dengan minuman ni. Kali ni, kita nak kongsikan satu pencuci mulut yang diinovasikan daripada minuman ini iaitu Kek Cawan Teh Susu Boba.

Macam manalah agaknya rupa dia, kan? Confirm sedaplah sebab resepi ini menggunakan adunan kek chiffon di mana teksturnya lebih gebu dan ringan. Ditambah pula keenakan black pearl (boba) yang sangat chewy. Tunggu apa lagi, jomlah cuba resepi ni!

Resepi Kek Cawan Teh Susu

Bahan-bahan

  • 150 gm gula
  • 113 gm mentega
  • 2 biji telur
  • 60 ml susu segar
  • 2 sb serbuk teh segera
  • 160 gm tepung gandum
  • 1 1/2 sk serbuk penaik
  • 1/4 sk baking soda
  • 1/4 sk garam
  • 200 ml krim putar bukan tenusu

Resepi Boba

Bahan-bahan

  • 100 gm black pearl
  • 100 gm gula
  • 100 ml air panas

Cara memasak

  1. BOBA: Didihkan air. Masukkan black pearl dan masak sehingga 25 minit.
  2. Tutupkan api. Rendamkan black pearl di dalam air sejuk.
  3. Sediakan mangkuk yang berisi gula dan tuangkan air panas. Kacau sehingga gula larut.
  4. Tapiskan black pearl dan campurkan ke dalam larutan air gula.
  5. KEK CAWAN TEH SUSU: Campurkan serbuk teh segera bersama susu segar dan kacau sehingga larut.
  6. Kemudian, masukkan telur. Kacau sekata.
  7. Putar mentega dan gula sehingga sebati.
  8. Masukkan tepung sedikit demi sedikit, serbuk penaik, baking soda, dan garam.
  9. Kemudian, masukkan pula campuran teh. Putar adunan menjadi kental.
  10. Letakkan kertas acuan ke dalam cupcake mold.
  11. Masukkan satu scoop adunan ke dalam setiap kertas acuan. Bakar pada suhu 160°C selama 15-20 minit sehingga keperangan.
  12. Untuk frosting, putarkan krim putar bukan tenusu sehingga menjadi kental dan kembang.
  13. Paipkan krim putar bukan tenusu ke atas kek cawan dan hiaskan dengan boba.

Milk Tea Cupcake Recipe

Ingredients 

  • 150 gm sugar
  • 113 gm butter
  • 2 nos eggs
  • 60 ml fresh milk
  • 2 tbsp of instant tea powder
  • 160 gm wheat flour
  • 1 1/2 tsp of baking powder
  • 1/4 tsp of baking soda
  • 1/4 tsp of salt
  • 200 ml non-dairy whipping cream

Boba Recipe

Ingredients 

  • 100 gm black pearls
  • 100 gm sugar
  • 100 ml hot water

Cooking methods

  1. BOBA: Bring water to a boil. Add in black pearls and cook for 25 minutes.
  2. Turn off the heat. Soak black pearls in a cold water.
  3. Prepare a bowl with sugar and pour in hot water. Stir until sugar is fully dissolved.
  4. Drain black pearls and mix with sugar syrup.
  5. MILK TEA CUPCAKE: Mix instant tea powder with fresh milk and stir until dissolved. 
  6. Then, add in eggs. Stir until well incorporated.
  7. Beat the butter and sugar until well combined. 
  8. Add in flour gradually, baking powder, baking soda and salt.
  9. Then, add in tea mixture. Beat batter until thicken.
  10. Place the paper cupcake liner inside the cupcake mold.
  11. Pour one scoop of batter into each paper cupcake. Bake at 160°C for 15-20 minutes until brownish.
  12. For frosting, beat non-dairy whipping cream until thicken and fluffy.
  13. Pipe non-dairy whipped cream over the cupcakes and garnish with boba pearls.

 

 

SUBSCRIBE Youtube Untuk Lebih Banyak Video Resepi

Mohon share sekiranya suka resepi ini

Youtube

Facebook

Rasaflix Telegram