Cake

Resepi Kek Pandan Keju Leleh Lailer | Melted Cheese Pandan Cake Recipe

Resepi Kek Pandan Keju Leleh Lailer | Melted Cheese Pandan Cake Recipe

Mohon share sekiranya suka resepi ini

Sebut saja tentang kek pandan, mesti teringat yang watak Lailer pernah jual dalam drama ‘Kampung People’ kan? Walaupun dilihat dari dalam TV saja, nampak sedap betul. Sebenarnya mudah je cara penyediaannya, cuma perlukan teknik dan cara yang betul untuk dapat tekstur kek pandan yang Laila jual tu.

Nak lagi best kita upgrade sikit dengan keju leleh dan parutan keju. Fuhh terliur dibuatnya. Tapi kalau tak letak apa-apa pun tetap lazat tau. Boleh ikut steps di bawah untuk ketahui resepinya, selamat mencuba.

Resepi Kek Pandan Keju Leleh Lailer

Bahan-bahan (Kek Pandan)

  • 1 cwn gula
  • 3 biji telur
  • 1 sb ovalet
  • 1/2 cwn susu segar
  • 1/2 cwn minyak jagung
  • Pewarna makanan hijau
  • 1 sb esen pandan
  • 2 cwn tepung gandum
  • 1 sb serbuk penaik
  • keju cheddar (diparut)

Bahan-bahan (Keju Leleh)

  • 250 gm krim keju
  • 1/2 cwn susu segar
  • 1/2 cwn susu pekat

Cara memasak

  1. Kek pandan: Pukul telur, gula dan ovalet sehingga campuran kembang dan bertukar warna putih.
  2. Masukkan minyak jagung dan susu segar sambil memukul.
  3. Titiskan pewarna hijau dan esen pandan ke dalam campuran. Pukul seketika.
  4. Ayak tepung gandum dan serbuk penaik. Gaul sekata menggunakan teknik kaup balik.
  5. Tuang ke dalam acuan kek dan bakar pada suhu 180°C  selama 35-45 minit.
  6. Keju Leleh: Pukul krim keju sehingga kembang.
  7. Masukkan susu segar dan susu pekat. Pukul sebati dan ketepikan.
  8. Tuangkan campuran keju leleh dia atas permukaan kek pandan dan taburkan keju cheddar yang diparut.
  9. Kek pandan keju leleh Lailer siap untuk dihidangkan.

Melted Cheese Pandan Cake

Ingredients (Pandan Cake)

  • 1 cup of sugar
  • 3 nos eggs
  • 1 tbsp of ovalette
  • 1/2 cup of fresh milk
  • 1/2 cup of corn oil
  • Green food coloring
  • 1 tbsp of pandan essence
  • 2 cups of wheat flour
  • 1 tbsp of baking powder
  •  cheddar cheese (grated)

Ingredients (Melted Cheese)

  • 250 gm cream cheese
  • 1/2 cup of fresh milk
  • 1/2 cup of condensed milk

Cooking methods (Pandan Cake)

  1. Pandan cake : Beat eggs, sugar and ovallete until the mixture fluffy and turning white.
  2. Add in corn oil and fresh milk during beating process.
  3. Drop green food coloring and pandan essence into the mixture. Beat for while.
  4. Sieve wheat flour and baking powder. Mix to combine using folding technique.
  5. Pour the batter into cake mold and bake at 180°C for 35-45 minutes.
  6. Melted Cheese: Beat cream cheese until fluffy.
  7. Add in fresh milk and condensed milk. Beat to combine and set aside.
  8. Pour in melted cheese mixture on top of cake then, sprinkle with grated cheddar cheese on top.
  9. Melted cheese pandan cake is ready to be served.

 

 

SUBSCRIBE Youtube Untuk Lebih Banyak Video Resepi

Mohon share sekiranya suka resepi ini

Youtube

Facebook

Rasaflix Telegram