Kek Pencuci Mulut

Resepi Kek Pisang Cip Coklat | Banana Cake With Chocolate Chips Recipe

Resepi Kek Pisang Cip Coklat | Banana Cake With Chocolate Chips Recipe

Mohon share sekiranya suka resepi ini

Mengandungi serat tinggi dengan pelbagai jenis vitamin yang diperlukan dalam tubuh badan seseorang, pisang memang sangat popular sebagai buah-buahan sihat. Bahkan ia boleh dijadikan pelbagai produk makanan termasuklah kerepek pisang, cuka pisang, susu pisang dan banyak lagi. Selain digunakan dalam menu diet harian, ramai juga gemar membuat kek dengan buah ini. Jika dahulu hanya ada kek pisang biasa, baru-baru ini viral juga resepi baru bersama cip coklat yang pastinya lebih ‘terangkat’!

Okey tanpa berlengah lagi, mari kami kongsikan resepi kek pisang cip coklat yang sedap, lembut dan paling penting chocolaty. Resepi dessert ini hanya perlu ditambah satu bahan sahaja untuk mempelbagaikan rasa kek pisang tersebut. Tapi kalau korang tak nak guna cip coklat pon boleh, just skip je step taburan cip coklat tu. Selamat mencuba semua.

Resepi Kek Pisang Cip Coklat

Bahan-bahan (Kek Pisang)

  • 3 biji pisang
  • 1 cwn gula kastor
  • 1 cwn minyak
  • 4 biji telur
  • 1 sb serbuk penaik
  • 1 sb esen vanila
  • 1/2 cwn cip coklat
  • 1 sk garam
  • 2 cwn tepung gandum

Cara memasak (Kek Pisang)

  1. Pukul pisang menggunakan mixer sehingga lumat. Kemudian, masukkan gula kastor, minyak dan telur. Pukul adunan tersebut sehingga kembang.
  2. Masukkan tepung yang diayak bersama serbuk penaik dan gaul sebati menggunakan spatula.
  3. Masukkan esen vanila dan garam. Gaul sebati.
  4. Sediakan loyang beralaskan kertas minyak dan tuangkan adunan kek 3/4 daripada loyang.
  5. Taburkan cip coklat ke atas adunan tersebut dan bakar pada suhu 170°c selama 1 jam.

Nota: Kurangkan suhu pada 150°c sekiranya lapisan atas kek menjadi keperang-perangan.

Banana Cake With Chocolate Chips 

Ingredients (Banana Cake)

  • 3 bananas
  • 1 cup of castor sugar
  • 1 cup of oil
  • 4 nos eggs
  • 1 tbsp of baking powder
  • 1 tbsp of vanilla essence
  • 1/2 cup of chocolate chips
  • 1 tsp of salt
  • 2 cups of wheat flour

Cooking methods (Banana Cake)

  1. Mash bananas using a mixer until smooth. Then, add in castor sugar, oil and eggs. Beat the mixture until fluffy.
  2. Sift flour and baking powder altogether and mix well using a spatula.
  3. Add in vanilla essence and salt. Mix well.
  4. Prepare a bread loaf mold lined with parchment paper and pour in cake batter to 3/4 of the mold.
  5. Sprinkle chocolate chips over it and bake at 170°c for 1 hour.

Note: Reduce to 150°c if the top of the cake turns brownish.

 

SUBSCRIBE Youtube Untuk Lebih Banyak Video Resepi

Mohon share sekiranya suka resepi ini

Youtube

Facebook

Rasaflix Telegram