Kuih Muih Pastri Pencuci Mulut

Resepi Krim Puff Sos Kastard Berkrim | Cream Puff & Creamy Custard Recipe

Resepi Krim Puff Sos Kastard Berkrim | Cream Puff & Creamy Custard Recipe

Mohon share sekiranya suka resepi ini

Cream puff mungkin nampak macam senang sangat untuk dibuat, betul tak? Bagi sesetengah orang, dessert ini hanyalah terlihat seperti seketul roti yang disumbatkan inti creamy. Tapi sebelum nak hasilkan, sebenarnya ada beberapa teknik tertentu yang korang perlu tahu. Dengan itu, barulah krim puff kita menjadi gebu, tidak lembik dan paling penting, intinya pun sedap belaka. Sekali baca, nampak renyah pula caranya, kan?

Tapi jangan risaulah. Resepi di bawah ini telah dilengkapkan dengan cara-cara penyediaan dan tips untuk membuat puff yang gebu-gebas dan cantik. Malahan resepi ini juga menjanjikan hasil yang enak dan menyelerakan. Satu adunan di bawah dapat menghasilkan 25 sehingga 30 biji krim puff bergantung kepada saiz yang korang semua mahukan. Membebel panjang pun tak guna, jom kita cuba!

Resepi Krim Puff Sos Kastard Berkrim

Bahan-Bahan (Krim Puff)

  • 100 gm mentega
  • 275 gm air
  • 150 gm tepung gandum
  • 3 biji telur
  • 1 sk esen vanila
  • 1 sb gula aising

Bahan-Bahan (Sos Kastard)

  • 1 cwn susu segar
  • 1 cwn krim putar
  • 1/2 sk esen vanila
  • 1/3 cwn gula
  • 3 kuning telur
  • 1/4 cwn tepung jagung

Nota: Ayakkan satu sudu besar gula aising keatas krim puff sebagai hiasan.

Cara Memasak (Krim Puff)

  1. Masak air seketika. Masukkan mentega dan masak sehingga cair.
  2. Masukkan esen vanila dan tepung. Gaul sehingga campuran menjadi doh.
  3. Letak di tepi dan biarkan ia sejuk seketika.
  4. Masukkan telur satu demi satu dan whisk sehingga doh sebati dan berkilat.
  5. Masukkan doh tersebut ke dalam piping bag dan paipkan di atas dulang yang beralaskan kertas minyak.
  6. Basahkan sedikit hujung jari dan ratakan sedikit puncak krim puff tersebut. Bakar pada suhu 180°C selama 15 minit. 

Nota: Dilarang membuka ketuhar ketika proses membakar kerana ia akan membuatkan krim puff penyek.

Cara Memasak (Sos Kastard)

  1. Masukkan susu, krim putar, esen vanila, gula, kuning telur dan tepung jagung ke dalam periuk.
  2. Kacau pada suhu rendah sehingga campuran tersebut menjadi pekat dan berkilat.
  3. Tutup api dan sos kastard siap untuk dipaipkan ke dalam krim puff.

Nota: Gunakan suhu api yang sederhana untuk mengelakkan sos kastard hangit.

Cara Penyediaan

  1. Potong separuh krim puff dan paipkan dengan sos kastard.
  2. Hiasakan dengan potongan buah strawberry dan ayak gula aising keatas krim puff. 
  3. Krim puff sos kastard siap untuk dihidangkan.

Cream Puff & Creamy Custard Recipe 

Ingredients (Cream Puff)

  • 100 gm of butter
  • 275 gm water
  • 150 gm of all-purpose flour
  • 3 nos eggs
  • 1 tsp of vanilla essence

Ingredients (Custard Filling)

  • 1 cup of fresh milk 
  • 1 cup of whipping cream
  • 1/2 tsp of vanilla essence
  • 1/3 cup of sugar
  • 3 egg yolks
  • 1/4 cup of corn flour

Note: Dust one tablespoon of icing sugar on the top of cream puff as garnishing.

Cooking Methods (Cream Puff)

  1. Boil water for a moment. Add in butter and cook until fully melted. 
  2. Put in vanilla essence and flour. Mix until it becomes a dough.
  3. Set it aside and let it cool for a while.
  4. Put in eggs one by one and whisk until dough is well-combined and shiny. 
  5. Place the dough inside a piping bag and pipe it on a tray lined with parchment paper.
  6. Wet your finger tip lightly with water and smooth the peaks out. Bake at 180°C for 15 minutes. 

Note: Do not open the oven during baking process to avoid the puff from flatten.

Cooking Methods (Custard Filling)

  1. Put milk, whipping cream, vanilla essence, sugar, egg yolks and corn flour in a pan. 
  2. Stir at low heat until the mixture thicken and shiny.
  3. Turn off the heat and custard filling is ready to be piped into cream puff.  

Preparation Methods

  1. Cut cream puff into half and pipe custard filling into the puff.
  2. Garnish with sliced strawberries and dust top of cream puff with icing sugar.
  3. Cream puff with custard sauce is ready to be served.

 

 

SUBSCRIBE Youtube Untuk Lebih Banyak Video Resepi

Mohon share sekiranya suka resepi ini

Youtube

Facebook

Rasaflix Telegram