Noodle

Resepi Laksa Nyonya Mudah | Simple Nyonya Laksa Recipe

Mohon share sekiranya suka resepi ini

Resepi Laksa Nyonya Mudah

Bahan-Bahan

  1. 500 gm mee kuning

KUAH  LAKSA 

  1. 1500 ml air
  2. 250 ml pati santan
  3. 7 biji tauhu pok , potong 2 setiap 1
  4. 10 ekor udang saiz sederhana, dibersihkan (tanpa dibuang kulit)
  5. 1 genggam daun kesom
  6. 1 kuntum bunga kantan, belah 2 setiap 1
  7. 3 camca besar cili kisar
  8. Garam dan gula secukup rasa

BAHAN KISAR HALUS 

  1. 3 biji bawang merah
  2. 3 ulas bawang putih
  3. 1 inci kunyit hidup
  4. 1 inci lengkuas
  5. 2 batang serai, hiris halus
  6. 1 genggam udang kering, rendam 10 minit dan toskan
  7. 1 inci belacan
  8. Sedikit air

BAHAN HIASAN

  1. Timun, hiris nipis
  2. Bawang besar, dihiris nipis
  3. Bunga kantan, dihiris halus
  4. Limau kasturi secukupnya, dibelah 2 setiap 1
  5. Telur rebus, dibelah 2 setiap satu

SAMBAL BELACAN

  1. 1 biji bawang merah (kisar)
  2. 2 ulas bawang putih (kisar)
  3. 50 gm udang kering (kisar)
  4. 5 sdb cili kisar

 

Cara memasak

  1. Rebus udang yang telah dibersihkan  di dalam periuk selama 15 ke 20 minit.  Tapiskan dan asingkan air rebusan udang tadi untuk digunakan kemudian.
  2. Kemudian, udang yang siap direbus, diasingkan kulit dan isinya ke dua buah mangkuk yang berlainan.
  3. Untuk membuat stok udang, kisarkan kulit udang bersama air  rebusan udang. Tapis bahan kisar ini dan ambil airnya sahaja.
  4. Panaskan minyak dalam periuk, tumis bahan kisar hingga harum.  Tambah, cili kisar dan masak hingga harum dan pecah minyak.
  5. Kemudian, tuang air stok udang tadi. Kemudian tambahkan air rebusan udang dan sedikit air jika kuah terlalu pekat. Kacau rata dan biar mendidih.
  6. Masukkan bunga kantan dan daun kesom diikuti dengan pati santan. Kacau dan masak dengan api kecil hingga mendidih. Masukkan tauhu pok, perasakan dengan garam secukupnya dan sedikit gula.
  7. Bila kuah sudah siap, celurkan mee kuning bersama air panas dan toskan.
  8. Untuk sambal kering laksa nyonya,  panaskan kuali, masukkan minyak dan tumis kesemua bahan sehingga pecah minyak. Perasa dengan garam dan gula. Siap.
  9. Bila kesemua bahan telah siap, hidang mee kuning ke dalam mangkuk, tuang kuah laksa dan hias kemas bersama bahan bahan hiasan yang telah disediakan. Jangan lupa hidangkan sekali bersama  sambal tadi ya. Kini laksa nyonya siap dihidang. Selamat menjamu selera.

Simple Nyonya Laksa Recipe

Ingredients 

  1. Yellow noodles

Kuah Laksa

  1. 1500 ml water
  2. 250 ml coconut milk
  3. 7 nos tofu puff, (slice into 2)
  4. 10 pcs clean prawn (do not throw the skin)
  5. 100 gm viatnamese corriander
  6. 1 pcs ginger torch
  7. 3 tbsp chili blend
  8. Salt as needed
  9. Sugar as needed

BLEND INGREDIENTS

  1. 3 nos red onion
  2. 3 nos garlic
  3. 1 inch tumeric
  4. 1 inch galangal
  5. 2 nos lemongrass
  6. 50 gm dry shrimp
  7. 1 inch shrimp paste
  8. water as needed

GARNISHING

  1. Cucumber (fine slice)
  2. Red onion (fine slice)
  3. Ginger torch (fine slice)
  4. Lime (half cut)
  5. Hard boiled egg (half cut)

SAMBAL 

  1. 1 nos red onion
  2. 2 nos garlic
  3. 50 gm dry shrimp
  4. 5 tbsp chili paste

Cooking methods

  1. In a pot, boil the cleaned prawn for about 15 to 20 minutes.  Strain and separate the boiled prawn stock
  2. Then, separate the skin and the prawn meat into two bowl.
  3. For making better prawn stock,  blend the prawn skin with the prawn stock water, strain and just keep the stock water only. Put aside.
  4. In a pot, heat the cooking oil and sauté the blended ingredients until brown and aromatic. Add the blend chili and cook until the oil float to the top.
  5. Then  add the prawn stock water and let it cook until boil. Add water and some more prawn stock if the kuah laksa still thick.
  6. Add the ginger torch and viatnamese coriander followed by coconut milk. Cook until simmer for about 5 minutes, then add the tofu puff and season with the salt and sugar.
  7. In a boil water, blanch the noodle about 5 minutes and strain.
  8. For sambal kering nyonya laksa, heat the cooking oil and saute the ingredients until fragrance and the oil float to the top. Then, season with the salt and sugar. Finish.
  9. Once all the ingredients have prepared, serve the noodles in a bowl, pour the kuah laksa and garnish with the all condiments nicely. Serve together with the sambal. Now nyonya laksa ready to serve, Bonne appetite.

SUBSCRIBE Youtube Untuk Lebih Banyak Video Resepi

Mohon share sekiranya suka resepi ini

Youtube

Facebook

Rasaflix Telegram