Kuih Muih

Resepi Lompang Labu 2 Layer Lembut | 2 Layer Soft Pumpkin Pudding Recipe

Resepi Lompang Labu 2 Layer Lembut | 2 Layer Soft Pumpkin Pudding Recipe

Mohon share sekiranya suka resepi ini

Kalau bercakap pasal buah labu, biasanya orang-orang kita akan memasaknya sebagai hidangan sayur masak lemak bersama pucuk manis. Namun di kalangan orang Melayu khususnya, buah ini juga diinovasikan kepada sejenis manisan yang cukup menyelerakan sekali. Selalu dihidangkan ketika minum petang bersama secangkir kopi mahupun teh, kuih lompang labu adalah gandingan yang paling sesuai.

Resepi lompang labu ini mampu menghasilkan 20-25 biji kuih per resepi. Cara nak membuat manisan ini bukan sahaja mudah, malahan bahan-bahan utamanya juga senang untuk didapatkan menerusi pasaraya atau pasar di sekitar anda. Dah dah dah, jangan buang masa lagi guys! Selamat mencuba semua.

Resepi Lompang Labu

Bahan-bahan (Lapisan Labu)

  • 250 gm labu (kukus)
  • 125 gm tepung beras
  • 1 sb tepung jagung
  • 150 gm gula
  • 120 ml air
  • 1 sk garam

Bahan-bahan (Lapisan Santan)

  • 1 cwn santan kotak
  • 1 sb tepung gandum
  • 1 sb gula
  • 1/2 sk garam

Cara memasak

  1. Kukus labu kemudian kisar halus bersama-sama tepung beras, tepung jagung, gula dan air hingga sebati.
  2.  Sapu rata minyak masak pada acuan.
  3. Tuangkan adunan hingga separuh acuan dan kukus selama 15 minit.
  4. Keluarkan dan sejukkan seketika.
  5. Masak santan, tepung gandum, gula dan garam. Kacau sehingga sebati.
  6. Kemudian, tuang lapisan santan memenuhi acuan.
  7. Kukus semula selama 5 minit dan sejukkan.
  8. Lompang labu dua layer siap untuk dihidangkan.

Pumpkin Pudding Recipe

Ingredients (Pumpkin Pudding)

  • 250 gm pumpkin (steamed)
  • 125 gm rice flour
  • 1 tbsp of corn flour
  • 150 gm sugar
  • 120 ml water
  • 1 tsp of salt

Ingredients (Coconut Layer)

  • 1 cup of coconut milk
  • 1 tbsp of  wheat flour
  • 1 tbsp of sugar
  • 1/2 tsp of salt

Cooking methods 

  1. Steam pumpkin then finely blend with rice flour, corn flour, sugar and water until well combine.
  2. Brush with cooking oil evenly on the mold.
  3. Pour in the batter to half mold and steam for 15 minutes.
  4. Take out and let them cold.
  5. Cook coconut milk, wheat flour, sugar and salt. Stir until well combine.
  6. Then, pour in the coconut milk layer until full.
  7. Steam again for 5 minutes and bring to cold.
  8. Pumpkin pudding 2 layer ready to be served.

 

 

SUBSCRIBE Youtube Untuk Lebih Banyak Video Resepi

Mohon share sekiranya suka resepi ini

Youtube

Facebook

Rasaflix Telegram