Dessert Cake

Resepi Kek Keju Jepun Mini Lembut | Mini Soft Japanese Cheesecake Recipe

Resepi Kek Keju Jepun Mini Lembut | Mini Soft Japanese Cheesecake Recipe

Mohon share sekiranya suka resepi ini

Keju adalah sejenis makanan yang menjadi kegilaan ramai. Lagi-lagi pada zaman sekarang ni, semua makanan nak ditambahkan keju. Bukan sahaja dalam hidangan dessert, bahkan makanan berat-berat pun orang cuba gabungkannya dengan keju. Betul-betul berani mencuba dan kreatif, kan? Tidak apalah, terpulanglah mengikut selera masing-masing, kan? Tapi sekali-sekala, apa kata anda cuba pula buat resepi Kek Keju Jepun? Dengar nama saja dah terliur, apalagi kalau buat dengan hasil air tangan sendiri. Walah!

Sebelum mula buat, sebenarnya ada beberapa teknik yang perlu diambil tahu. Barulah kek itu akan menjadi dengan cantik. Tekstur gebu, rasanya pun enak. Istimewanya kali ini, kita akan tunjukkan cara memasak kek tersebut dalam versi mini. Resepi ini juga menggunakan biskut digestive untuk memberi rasa crunchy pada kek. Jom kita tengok cara penyediaan yang betul untuk membuat kek ini. Selamat mencuba!

Resepi Kek Keju Jepun Mini Lembut

Bahan-bahan (Adunan Kek)

  • 140 gm krim keju
  • 70 gm krim masam
  • 40 gm gula (adunan krim keju)
  • 2 kuning telur
  • 1 sb esen vanila
  • 20 gm tepung gandum
  • 70 ml susu segar
  • 2 putih telur
  • 50 gm gula (meringue)
  • 1 cwn biskut digestive (dihancurkan)
  • 3 sb mentega (dicairkan)

Bahan-bahan (Hiasan)

  • 1 cwn krim putar bukan tenusu
  • Buah strawberi segar

Cara memasak

  1. Campurkan mentega cair dengan biskut yang telah dihancurkan. Gaul rata dan ketepikan.
  2. Pukul krim keju sehingga kembang. Tambahkan krim masam sambil memukul sehingga kembang dan berkrim.
  3. Masukkan gula, kuning telur, tepung gandum, susu segar dan esen vanila ke dalam campuran krim keju sambil memukul. Kacau sedikit adunan supaya sebati dan ketepikan.
  4. Untuk membuat meringue, pukul putih telur sehingga kembang dan berkilat. Tambahkan gula sedikit demi sedikit sambil memukul sehingga soft peak.
  5. Campurkan meringue bersama adunan krim keju dan gaul sehingga sebati dengan menggunakan teknik ‘kaup-balik’.
  6. Masukkan sedikit campuran biskut ke dalam cawan kertas cupcake dan tekan campuran menggunakan belakang sudu sehingga rata. Biarkan di dalam peti sejuk seketika.
  7. Tuangkan adunan krim keju ke atas lapisan biskut sehingga separuh penuh. Bakar dengan menggunakan teknik water bath selama 18 minit pada suhu 170°C.
  8. Mini kek keju jepun sudah siap. Anda boleh hiaskanya dengan buah-buahan segar dan krim putar bukan tenusu yang sudah dipukul.

Mini Soft Japanese Cheesecake Recipe

Ingredients (Cake Batter)

  • 140 gm cream cheese
  • 70 gm sour cream
  • 40 gm sugar (cream cheese batter)
  • 2 egg yolks
  • 1 tbsp of vanilla essence
  • 20 gm wheat flour
  • 70 ml fresh milk
  • 2 egg whites
  • 50 gm sugar (meringue)
  • 1 cup of digestive biscuits (crushed)
  • 3 tbsp of butter (melted)

Ingredients (Topping)

  • 1 cup of non-dairy whipping cream
  • Fresh strawberries

Cooking methods

  1. Mix melted butter with crushed biscuits. Mix them well and set aside.
  2. Beat cream cheese until fluffy. Add in sour cream while beating until fluffy and creamy.
  3. Put sugar, egg yolks, wheat flour, fresh milk and vanilla essence in cream cheese mixture while beating. Stir batter a little bit to ensure it is well-combined and set it aside.
  4. For meringue, beat egg whites until fluffy and glossy. Add in sugar bit by bit while beating until soft peak.
  5. Mix meringue with cream cheese batter and stir well using folding-technique.
  6. Place some of biscuit mixture inside paper cupcake liner and press down gently using the back of a spoon to form an even layer. Refrigerate for a while.
  7.  Pour cream cheese batter over a biscuit layer until half-filled and bake for 18 minutes at 170°C using water bath technique.
  8. Mini Japanese cheesecake is done. You may garnish with fresh fruits and non-dairy whipped cream.

 

 

SUBSCRIBE Youtube Untuk Lebih Banyak Video Resepi

Mohon share sekiranya suka resepi ini

Youtube

Facebook

Rasaflix Telegram