Sebut saja tentang muffin, ia sememangnya antara menu yang digilai masyarakat kita. Selain saiznya yang comel berserta pelbagai hiasan dan warna menarik, ia juga boleh dimakan begitu saja. Tak payah susah-susah nak potong dan kemaskan, terus ambil dan ngap saja.
Menu berasaskan telur yang bakal dikongsikan kali ini amat popular di negara barat iaitu muffin telur cawan. Resepi ini hanya gunakan beberapa bahan saja, iaitu telur dan sayuran kegemaran masing-masing. Cuma perlu bake, kemudian terus dah siap. Sangat mudah dan ringkas kan? Tak rugi untuk cuba di rumah dan nikmati bersama keluarga tersayang.
Resepi Muffin Cawan Telur
Bahan-Bahan
- 5 biji telur
- 1 biji lada banggala kuning (dipotong dadu)
- 1 biji lada banggala hijau (dipotong dadu)
- 10 biji tomato ceri (dipotong dadu)
- 5 tangkai daun bawang (dihiris)
- 1/2 biji bawang holland (dipotong dadu)
- 5 biji cendawan (dipotong dadu)
- 1 sk garam
- 1 sk lada hitam
- keju cheddar (diparut)
- 1 sb mentega
Cara memasak
- Potong lada banggala hijau, lada banggala kuning, tomato ceri, bawang holland, daun bawang dan cendawan. Ketepikan.
- Pukul telur seketika dan perasakan dengan garam dan lada hitam.
- Sapukan mentega pada loyang cupcake dan masukkan setiap potongan sayuran sedikit setiap satu ke dalam acuan cupcake, kemudian, masukkan pula campuran telur.
- Bakar pada suhu 160°c selama 15-20 minit.
- Keluarkan dan tabur keju cheddar yang diparut ke atas muffin telur.
- Muffin telur siap untuk dihidangkan.
Egg Muffin Cup Recipe
Ingredients
- 5 nos eggs
- 1 yellow capsicum (diced)
- 1 green capsicum (diced)
- 10 cherry tomatoes (diced)
- 5 scallions (sliced)
- 1/2 holland onion (diced)
- 5 mushrooms (diced)
- 1 tsp of salt
- 1 tsp of black pepper
- Cheddar cheese (grated)
- 1 tbsp of butter
Cooking methods
- Cut green capsicum, yellow capsicum, cherry tomatoes, holland onion, scallions and mushrooms. Set aside.
- Lightly beat the eggs and season with salt and black pepper.
- Grease cupcake mold with butter and add in each cut vegetables into the cupcake mold. Then, pour in egg mixture.
- Bake at 160°c for 15-20 minutes.
- Remove from the oven and garnish with grated cheddar cheese on top of egg muffin.
- Egg muffin is ready to be served.
SUBSCRIBE Youtube Untuk Lebih Banyak Video Resepi