Kuih Muih Breakfast

Resepi Murtabak Mini Berinti Daging | Meat Stuffed Mini Martabak Recipe

Mohon share sekiranya suka resepi ini

Murtabak memang sangat dikenali sebagai juadah wajib untuk berbuka puasa. Tapi takkan nak kena tunggu masa tu je baru nak merasa juadah sedap ni kan? Kalau boleh buat sendiri confirm lagi puas hati. Lebih-lebih lagi kalau homemade murtabak mini tu dipenuhi pula dengan inti daging dan kentang, fuhhh memang sedap!

Sebenarnya resepi murtabak mini ni senang sangat nak disediakan sebab kulitnya cuma gunakan kulit popia je. Jom lihat resepi dan cara membuat murtabak mini!

Resepi Murtabak Mini Berinti Daging

Bahan-Bahan

  • 1 biji bawang holland (dipotong dadu)
  • 3 ulas bawang putih (dicincang)
  • 2 biji kentang (dipotong dadu)
  • 400 gm daging cincang
  • 4 sb serbuk kari daging
  • 2 biji telur
  • Garam
  • Gula
  • Kulit popia

Cara memasak

  1. Tumiskan bawang holland dan bawang putih sehingga naik bau.
  2. Masukkan kentang dan masak untuk seketika.
  3. Masukkan pula daging cincang dan masak seketika.
  4. Kemudian, masukkan serbuk kari, gaulkan sekejap.
  5. Tuangkan air secukupnya dan gaulkan semuanya sehingga sebati.
  6. Masak inti murtabak sehingga kentang menjadi lembut dan inti kering sedikit.
  7. Perasakan dengan sedikit gula dan garam.
  8. Kacaukan telur dan campurkan inti murtabak ke dalamnya, gaulkan sebati.
  9. Sediakan kulit popia, letakkan sedikit inti murtabak dan lipatkannya.
  10. Gorengkan murtabak di atas pan sehingga kulit popia bertukar keperangan.
  11. Murtabak mini berinti daging siap untuk dihidangkan.

Meat Stuffed Mini Martabak Recipe

Ingredients 

  • 1 holland onion (dice cut)
  • 3 cloves of garlic (minced)
  • 2 potatoes (dice cut)
  • 400 gm of minced beef
  • 4 tbsp of meat curry powder
  • 2 nos eggs
  • Salt
  • Sugar
  • Spring roll skins

Cooking methods

  1. Saute’ holland onion and garlic until fragrant.
  2. Add potato and cook for a while.
  3. Add minced beef and cook for a moment.
  4. Then, add curry powder, mix for a while.
  5. Pour water sufficiently and stir them well.
  6. Cook the martabak filling until potatoes soften and the filling becomes dry.
  7. Season with bit of sugar and salt.
  8. Mix lightly beaten eggs and martabak filling together, mix them well.
  9. Prepare spring roll skins, place bit of filling on it and fold it.
  10. Pan fry it until the skin turns golden brown.
  11. Meat stuffed mini martabak is ready to be served.

 

SUBSCRIBE Youtube Untuk Lebih Banyak Video Resepi

Mohon share sekiranya suka resepi ini

Youtube

Facebook

Rasaflix Telegram