Nasi Ayam

Resepi Nasi Arab Kabsa Ringkas | Easy Homemade Arabian Kabsa Rice Recipe

Resepi Nasi Arab Kabsa Ringkas | Easy Homemade Arabian Kabsa Rice Recipe

Mohon share sekiranya suka resepi ini

Kabsa adalah hidangan utama gandingan ayam dan nasi yang popular bukan sahaja di Arab Saudi malah di seluruh dunia Arab. Ia diperbuat daripada ayam yang direbus bersama kuah tomato dan rempah, kemudian dikeluarkan untuk dipanggang sementara kuahnya digunakan semula untuk memasak nasi. Dengan warna yang sedikit keperang-perangan, hidangan ini memiliki aroma lemon dan rasa pedas yang pastinya memukau selera anda.

Jangan risau tentang bahan masakan yang perlu anda cari. Tidak perlu pun terbang sampai ke Arab kerana semua bahannya boleh didapati dengan mudah di pasaraya sekitar anda. Dengan hasil air tangan sendiri, sudah tentu anda dapat memasak resepi ini dengan rasa yang cukup authentic. Siapa yang teringin nak makan Nasi Arab bolehlah start guna resepi yang kami kongsikan. Mudah je! Jomlah cuba.

Resepi Nasi Arab Kabsa

Bahan-bahan (Nasi Arab Kabsa)

  • 3 bahagian paha ayam
  • 1 cwn beras panjang
  • 1 1/2 cwn stok ayam
  • 2 biji bawang besar (dipotong mayang)
  • 2 tomato segar (dipotong wedges)
  • 1 sk pes tomato
  • 2 sk pes bawang putih
  • 2 sk pes halia
  • 1 batang lobak merah (diparut)
  • 1/2 biji lemon (dipotong hiris)
  • 2 batang kayu manis
  • 1 sk serbuk ketumbar
  • 1 sk serbuk jintan putih
  • 1/2 sk serbuk garam masala
  • 1/2 sk serbuk cili
  • 1/4 sk serbuk lada hitam
  • 5 kuntum bunga cengkih
  • 5 biji buah pelaga
  • 10 biji lada hitam
  • 1 sb mentega
  • 100 gm kismis
  • 100 gm gajus
  • 1/4 cwn minyak sapi
  • 1/2 sb garam
  • Minyak masak

Bahan-bahan (Sos Harrah)

  • 2 biji tomato
  • 2 ulas bawang putih
  • 1/2 biji perahan lemon
  • 2 tangkai daun ketumbar
  • 1 sk serbuk cili

Nota: Gunakan beras basmathi atau pusa. Sukatan air seperti berikut : 1 cawan beras = 1 setengah cawan air.

Cara memasak

  1. Panaskan minyak sapi di dalam kuali.
  2. Masukkan kayu manis, buah pelaga, bunga cengkih, dan biji lada hitam.
  3. Tumis sebentar hingga naik bau. Kemudian, masukkan bawang besar dan tumis sehingga keperangan.
  4. Masukkan pes halia, pes bawang putih, pes tomato dan tomato. Masak & kacau di atas api yang tinggi.
  5. Kemudian, masukkan serbuk jintan putih, serbuk ketumbar, serbuk lada hitam, serbuk cili, garam masala dan garam. Tumis bahan sehingga pecah minyak.
  6. Masukkan paha ayam dan stok ayam. Gaul hingga rata. Kemudian, tutup kuali dan masak sehingga mendidih sekitar 20-25 minit.
  7. Angkat ayam sahaja dan ketepikan.
  8. Sapukan sedikit minyak masak pada ayam dan panggang selama 20 minit pada suhu 250°C.
  9. Masukkan lobak merah, limau dan beras ke dalam air rebusan tadi. Kacau sekata. Tutup kuali dan biarkan sehingga masak dengan menggunakan api sederhana.
  10. Kemudian, gorengkan gajus dan kismis dengan mentega untuk hiasan.
  11. Untuk membuat sos Harrah, kisar semua bahan-bahannya tanpa air.
  12. Kemudian, sedia untuk dihidangkan.

Arabian Kabsa Rice Recipe

Ingredients (Arabian Kabsa Rice)

  • 3 parts of chicken thighs
  • 1 cup of long-grain rice
  • 1 1/2 cups of chicken stock
  • 2 onions (thinly sliced)
  • 2 fresh tomatoes
  • 1 tsp of tomato paste
  • 2 tsp of garlic paste
  • 2 tsp of ginger paste
  • 1 carrot (grated)
  • 1/2 lemon (sliced)
  • 2 cinnamon sticks
  • 1 tsp of coriander powder
  • 1 tsp of cumin powder
  • 1/2 tsp of masala salt powder
  • 1/2 tsp of chili powder
  • 1/4 tsp of black pepper powder
  • 5 cloves
  • 5 cardamoms
  • 10 peppercorns
  • 1 tbsp of butter
  • 100 gm raisins
  • 100 gm cashews
  • 1/4 cup of ghee
  • 1/2 tbsp of salt
  • Cooking oil

Ingredients (Harrah Sauce)

  • 2 tomatoes
  • 2 cloves of garlic
  • 1/2 squeezed lemon
  • 2 stalks of coriander leaves
  • 1 tsp of chili powder

Note: Use basmathi or pura rice. The dosage of water is as follows: 1 cup of rice = 1 1/2 cup of water.

Cooking methods

  1. Heat ghee inside a pan.
  2. Add in cinnamon sticks, cardamoms, cloves, and peppercorns.
  3. Saute them for a while until fragrant. Then, add in onions and saute until golden brown.
  4. Add in ginger paste, garlic paste, tomato paste, and fresh tomatoes. Stir over high heat.
  5. Then add the cumin powder, coriander powder, black pepper powder, chili powder, masala salt powder and salt. Saute the ingredients until the oil separates.
  6. Add in chicken thighs and chicken stock. Mix well. Then, close the lid and bring to a boil around 20-25 minutes.
  7. Lift the chicken only out of water and set it aside.
  8. Rub bit of cooking oil on the chicken and bake for about 20 minutes at 250°C.
  9. Add the carrots, lemons and rice into boiled water. Stir evenly. Close the lid and let it fully cooked over medium heat.
  10. Then, stir fry cashews and raisins with butter for garnishing purpose.
  11. For Harrah sauce, grind all the ingredients without water.
  12. Then, it is ready to be served.

 

 

SUBSCRIBE Youtube Untuk Lebih Banyak Video Resepi

Mohon share sekiranya suka resepi ini

Youtube

Facebook

Rasaflix Telegram