Rice

Resepi Nasi Serai | Lemongrass Rice Recipe

Mohon share sekiranya suka resepi ini

Resepi Nasi Serai

Bahan-Bahan

  1. 2 cawan beras basmathi
  2. 4cawan air
  3. 1 biji bawang besar (dihiris)
  4. 2 biji bawang putih (ditumbuk)
  5. 2 bunga lawang
  6. 1 batang kayu manis
  7. 3 biji pelaga
  8. 3 batang serai (dititik)
  9. 1 sudu teh perasa ayam
  10. 1/2 sudu teh garam
  11. Minyak biasa/minyak sapi untuk menumis
  12. Daun pandan

Cara memasak

  1. Panaskan minyak masak / minyak sapi dlm periuk.
  2. Tumiskan bawang besar dan bawang putih.
  3. Masukkan bunga lawang, kulit kayu manis dan buah pelaga.
  4. Masukkan serai dan masukkan air dan masukkan kiub pati ayam.
  5. Masukkan 1 camca kecil garam. Masukkan beras yang telah dibasuh.
  6. Masukkan daun pandan yang di simpul. Tunggu nasi sehingga masak.
  7. Siap untuk dihidangkan. Sedap dimakan Bersama rendang, ayam masak merah, ayam rempah dan ayam gulai. Sesuai untuk jamuan raya atau puasa.

Nota: Untuk resepi ini, kami menggunakan periuk nasi dari awal hingga siap nasi dimasak. Namun ada yang menumis diluar periuk nasi. Setelah selesai barulah menanak di dalam periuk nasi. Boleh guna mana-mana cara yang selesa.

Lemongrass Rice Recipe

Ingredients

  1. 2 cups basmathi rice
  2. 4 cups water 1 onion (sliced)
  3. 2 garlics (pounded)
  4. 2-star anises
  5. 1 cinnamon stick
  6. 3 cardamom seeds
  7. 3 lemongrass stalks (tapped)
  8. 1 tsp chicken seasoning
  9. ½ tsp salt Cooking oil / ghee for stir fry
  10. Pandan leaves

Cooking methods

  1. Heat the cooking oil/ ghee in a cookware.
  2. Stir fry the onions and garlics. 
  3. Put in star anises, cinnamon stick and cardamom seeds.
  4.  Put in the lemongrass stalks and water and put in chicken seasoning.
  5. Pour in 1 teaspoon of salt. Put in washed rice.
  6. Put in tangled pandan lead. Wait until the rice is cooked. 
  7. Ready to serve. Delicious to be eaten with rendang, red chicken, spiced chicken and chicken gulai. Suitable to be served during Raya or Ramadhan.

Note: For this recipe, we used rice cooker from the beginning until it’s fully cooked. However we also stir-fried outside of the rice cooker. After it’s done, you can start cooking in the rice cooker. You can use any convenient way.

SUBSCRIBE Youtube Untuk Lebih Banyak Video Resepi

Mohon share sekiranya suka resepi ini

Youtube

Facebook

Rasaflix Telegram