Kuih Muih Dessert Western Style

Resepi Pod Mini Nutella Berbadam | Mini Nutella Pod With Almond Recipe

Resepi Pod Mini Nutella Berbadam | Mini Nutella Pod With Almond Recipe

Mohon share sekiranya suka resepi ini

Memang menarik resepi Nutella pod ni. Rasa rangup biskut yang ditambah pula dengan rasa coklat pekat di bahagian tengah. Lagi banyak Nutella, confirm lagi sedap tau! Ditambah pula kacang badam di bahagian tepi, pasti menambahkan lagi tekstur rangup pada makanan ni.

Nak buat Nutella pod ni tak susah pun sebenarnya, semua bahan yang diperlukan pun senang je untuk dicari di kedai. Kalau dah expert buat pula, boleh la jana pendapatan sampingan sikit-sikit. Jadi, jom kita lihat tips dan cara-cara nak buat Nutella pod!

Resepi Nutella Pod Bersalut Badam

Bahan-Bahan

  • 200 gm tepung gandum
  • 125 gm mentega
  • 1 sk tepung jagung
  • 1 sk serbuk penaik
  • 1 biji telur
  • 40 gm gula perang
  • 1 sk esen vanila
  • Garam
  • Badam cincang
  • Nutella

Cara memasak

  1. Pukul mentega dan telur sehingga sebati.
  2. Masukkan gula perang dan pukul lagi sehingga warna bertukar sedikit pucat.
  3. Masukkan pula esen vanila, gaulkan sebati.
  4. Masukkan tepung gandum, tepung jagung, serbuk penaik dan sedikit garam, gaulkan seketika.
  5. Ulikan adunan sehingga tiada adunan melekat pada tangan. Sekiranya adunan lembik, tambahkan tepung gandum sedikit.
  6. Bulatkan sedikit adunan dan picitkan di bahagian tengah.
  7. Gulingkan pod dalam badam cincang dan susunkannya atas baking tray.
  8. Paipkan Nutella di bahagian tengah pod.
  9. Bakar pod pada suhu 150°C selama 20 minit.
  10. Nutella pod bersalut badam siap untuk dinikmati.

Coated Almond Nutella Pod Recipe

Ingredients 

  • 200 gm of all-purpose flour
  • 125 gm of butter
  • 1 tsp of corn starch
  • 1 tsp of baking powder
  • 1 nos egg
  • 40 gm of brown sugar
  • 1 tsp of vanilla essence
  • Salt
  • Almond nibs
  • Nutella

Cooking methods

  1. Beat butter and egg together until well-combined.
  2. Add brown sugar and continue to beat until the color turns pale.
  3. Add vanilla essence, mix them well.
  4. Add all-purpose flour, corn starch, baking powder and bit of salt, mix for a while.
  5. Knead the dough until it doesn’t stick to hands. If dough is sticky, add some flour.
  6. Round the dough and make an indentation in the middle using your index finger.
  7. Dab pod to almond nibs and place it onto baking tray.
  8. Pipe Nutella in the middle of the pod.
  9. Bake pod at 150°C for 20 minutes.
  10. Almond Nutella pod  is ready to be enjoyed.

 

 

SUBSCRIBE Youtube Untuk Lebih Banyak Video Resepi

Mohon share sekiranya suka resepi ini

Youtube

Facebook

Rasaflix Telegram