Uncategorized

Resepi Popia Carbonara Rangup | Crispy Carbonara Spring Roll Recipe

Resepi Popia Carbonara Rangup | Crispy Carbonara Spring Roll Recipe

Mohon share sekiranya suka resepi ini

Biasanya kita makan popia yang berinti sayur-sayuran seperti taugeh, lobak merah dan macam-macam lagi kan. Tapi apa kata kalau kita buat kelainan sikit iaitu popia inti carbonara pula? Rasa carbonara yang berlemak dan gabungan tekstur rangup dari kulit popia memang dapat menaikkan selera. Para ibu yang tercari-cari menu minum petang, bolehlah cuba resepi kali ini ya.

Kalau nak goreng popia kene menggunakan teknik yang betul. Jika tidak, popia boleh bocor dan intinya boleh terkeluar. Sebenarnya mudah je nak sediakan menu ni, cuma ikut saja tips dan resepi di bawah. Selamat mencuba!

Resepi Popia Carbonara Rangup

Bahan-Bahan

  • 1 biji bawang holland (dipotong dadu)
  • 200 gm ayam cincang
  • 3 batang sosej (dipotong dadu)
  • 350 gm sos carbonara
  • 1 sk tepung gandum
  • Kulit popia
  • Garam
  • Lada sulah

Cara memasak

  1. Tumiskan bawang holland sehingga naik bau.
  2. Masukkan ayam cincang dan masak seketika.
  3. Masukkan sosej dan masak seketika.
  4. Tuangkan sos carbonara dan biarkan dimasak seketika.
  5. Perasakan dengan garam dan lada sulah.
  6. Tutupkan api dan biarkan sejuk seketika.
  7. Letakkan sedikit inti carbonara ke atas kulit popia dan lipatkannya. Gunakan campuran tepung gandum untuk gamkan hujungnya.
  8. Panaskan minyak dan gorengkan popia sehingga coklat keperangan.
  9. Angkat menggunakan penapis dan popia carbonara siap untuk dihidang.

Crispy Carbonara Spring Roll Recipe

Ingredients 

  • 1 holland onion (dice cut)
  • 200 gm minced chicken
  • 3 sausages (dice cut)
  • 350 gm of carbonara sauce
  • 1 tsp of all-purpose flour
  • Spring roll skins
  • Salt
  • Pepper

Cooking methods

  1. Saute holland onion until fragrant.
  2. Put in minced chicken and stir for a while.
  3. Put in sausages and let them cook for a while.
  4. Pour in carbonara sauce and let it cook for a moment.
  5. Season with salt and pepper.
  6. Turn off the heat and let it cool.
  7. Place bit of carbonara filling on spring roll skins and fold it. Use flour mixture to stick a spring roll skin together.
  8. Heat cooking oil and deep fry spring rolls until they turn golden brown.
  9. Lift them up using a strainer and they are ready to be served.

 

 

SUBSCRIBE Youtube Untuk Lebih Banyak Video Resepi

Mohon share sekiranya suka resepi ini

Youtube

Facebook

Rasaflix Telegram