Pencuci Mulut Sayur Udang

Resepi Popia Vietnam Sos Padu | Vietnamese Spring Roll & Best Sauce Recipe

Resepi Popia Vietnam Sos Padu | Vietnamese Spring Roll & Best Sauce Recipe

Mohon share sekiranya suka resepi ini

Mencari-cari menu ringkas yang sedap, sihat dan paling penting hanya memerlukan masa yang singkat untuk menyediakannya? Vietnamese spring roll adalah resepi yang sangat sesuai dicuba. Bahkan, orang yang tidak menyukai sayur-sayuran juga boleh terpikat tau dengan menu pembuka selera ini. Apalagi kalau dicicah dengan sos pedas-pedas manis yang power tu. Fuhhh, sekali rasa pasti nak lagi.

Tanpa membuang masa, mari kita tengok cara membuat popia ala-ala Vietnam yang simple dan padu ini. Pastikan bahan-bahannya dibeli banyak sikit tau. Mana tahu kalau-kalau takut tak cukup nanti. Maklumlah sedap sangat, kan? Selamat mencuba semua!

Popia Vietnam Sos Padu

Bahan-bahan (Sos Pencicah)

  • 2 biji bawang kecil
  •  10 tangkai cili padi
  • 3 ulas bawang putih
  • 1/2 lemon (diperah)
  • 3 cwn sos Thai
  • 1 sk sos ikan

Bahan-bahan (Popia Vietnam)

  • Salad
  • Tomato (dipotong)
  • Daun ketumbar (dipotong)
  • Daun bawang (dipotong)
  • Salad ungu
  • 10 ekor udang (direbus)
  • Timun (dipotong)
  • 1 paket kertas beras
  • 1/2 sk garam

Nota: Boleh juga menggunakan sayur-sayuran lain.

Cara memasak (Sos Pencicah)

  1. Dengan menggunakan pengisar, masukkan bawang kecil, cili padi dan bawang putih.
  2. Kemudian, masukkan air perahan lemon, sos ikan dan sos Thai.
  3. Kisarkan sehingga sebati.
  4. Sos pedas manis siap untuk dihidangkan.

Cara menggulung (Popia Vietnam )

  1. Masukkan garam dan udang ke dalam air rebusan dan masak sehingga udang kemerahan.
  2. Basahkan kertas beras sehingga sedikit lembut dan letakkan di atas pinggan.
  3. Susun udang dan sayur yang telah dipotong di atas kertas beras.
  4. Lipatkan bahagian hujung kertas beras menutupi inti. Seterusnya, lipat bahagian kanan dan juga bahagian kiri. Akhirnya, gulungkan kertas beras dengan kemas.
  5. Popia Vietnam siap untuk dihidangkan.

Nota: Pastikan kertas tersebut digulungkan dengan cepat. kalau tidak kertas akan mula melekat dan mudah terkoyak.

Vietnamese Spring Roll & Best Sauce

Ingredients (Dipping Sauce)

  • 2 shallots
  • 10 bird’s eye chilies
  • 3 cloves garlic
  • 1/2 lemon (squeezed)
  • 3 cups of Thai chili sauce
  • 1 tsp of fish sauce

Ingredients (Vietnamese Roll)

  • Lettuce
  • Tomato (Julienne cut)
  • Coriander (cut)
  • Scallion (cut)
  • Purple lettuce
  • 10 shrimps (boiled)
  • Cucumber (Julienne cut)
  • 1 packet of rice paper
  • 1/2 tsp of salt

Note: You may use other vegetables. 

Cooking methods (Dipping Sauce)

  1. Put shallots, bird’s eye chilies and garlic in a blender.
  2. Next, put in lemon juice, fish sauce and Thai chili sauce.
  3. Blend them until well-combined.
  4. Sweet sauce is ready to be served.

Rolling process (Vietnamese Spring Roll)

  1. Put salt and shrimps into the boiling water and cook until shrimps reddened.
  2. Wet rice paper until soften and lay it on a plate.
  3. Place boiled shrimps and selected vegetables nicely onto rice paper.
  4.  Fold the bottom part over the filling. Then, fold the right and left sides. Lastly, roll over tightly.
  5. Vietnamese spring roll is now ready to be served.

Note: Handle the wrapping step with care and as soon as possible to avoid the rice paper from torn.

 

 

SUBSCRIBE Youtube Untuk Lebih Banyak Video Resepi

Mohon share sekiranya suka resepi ini

Youtube

Facebook

Rasaflix Telegram