Appertizer Pencuci Mulut

Resepi Ringkas Kon Kunafa Nutella | Simple Nutella Kunafa Cones Recipe

Resepi Ringkas Kon Kunafa Nutella | Simple Nutella Kunafa Cones Recipe

Mohon share sekiranya suka resepi ini

Baru-baru ini, kunafa telah viral di laman media sosial. Kunafa atau nama lain “kanafeh” merupakan sejenis manisan yang berasal dari Arab. Dek kerana permintaan yang cukup tinggi, harganya boleh mencecah sampai RM150. Wow, mahalnya! Manakan tidak, dessert ini mempunyai tekstur rangup selain isi dalamnya menggunakan bahan yang sangat exclusive.

Tetapi bagi resepi kali ini, kami ubah sedikit Kunafa kepada bentuk kon dan menggunakan bahan yang mudah didapati iaitu Nutella serta krim putar tenusu. Walaupun berbeza berbanding bahan asal, namun rasa lemak manisnya memang seakan-akan sama. Sesuai untuk anda yang ingin menyediakan dessert menarik dalam masa singkat! Selamat mencuba!

Resepi Kon Kunafa Nutella

Bahan-bahan

  • 2 cwn gula pasir
  • 1 cwn air
  • 200 ml krim putar tenusu
  • 300 gm bihun (direndam dan ditoskan)
  • 100 ml minyak jagung
  • 100 gm Nutella
  • 10 gm kacang pistachio (dihancurkan)
  • 10 gm sprinkles
  • Acuan kon tanduk

Cara memasak

  1. Masak air bersama gula sehingga pekat. Ketepikan.
  2. Lilitkan bihun keliling acuan kon tanduk. Kemudian, gelekkan pada minyak jagung.
  3. Bakar dalam ketuhar pada suhu 200°C selama 15-20 minit atau keperangan.
  4. Ketepikan seketika untuk toskan minyak.
  5. Kemudian, tuangkan air gula pada kunafa.
  6. Pukul krim putar tenusu sehingga kembang dan puncak lembut.
  7. Masukkan krim putar tenusu ke dalam piping bag. Lakukan perkara yang sama kepada Nutella.
  8. Paipkan krim putar tenusu ke dalam kunafa berselang-seli dengan Nutella.
  9. Kemudian, hiaskan dengan kacang pistachio dan sprinkles. Sedia untuk dihidangkan.

Nutella Kunafa Cones Recipe

Ingredients 

  • 2 cups of granulated sugar
  • 1 cup of water
  • 200 ml dairy whipping cream
  • 300 gm rice vermicelli (soaked and drained)
  • 100 ml corn oil
  • 100 gm Nutella
  • 10 gm pistachio nuts (crushed)
  • 10 gm sprinkles
  • Horn cone mold

Cooking methods

  1. Boil water with sugar until thicken. Set aside.
  2. Wrap rice vermicelli around the horn cone mold. Then, roll it in corn oil.
  3. Bake inside oven at 200°C for 15-20 minutes or until golden.
  4. Set aside for a while to drain off excess oil.
  5. Then, pour sugar syrup over the kunafa.
  6. Beat dairy whipping cream until fluffy and soft peak.
  7. Place dairy whipped cream inside a piping bag. Do the same on Nutella.
  8. Pipe dairy whipped cream into kunafa alternately with Nutella.
  9. Then, garnish with crushed pistachio nuts and sprinkles. Ready to serve.

 

 

SUBSCRIBE Youtube Untuk Lebih Banyak Video Resepi

Mohon share sekiranya suka resepi ini

Youtube

Facebook

Rasaflix Telegram