Appetizer Chicken Kuih Muih

Resepi Roti Jala Ros & Kari Ayam | Rose Net Crepes & Chicken Curry Recipe

Resepi Roti Jala Ros & Kari Ayam | Rose Net Crepes & Chicken Curry Recipe

Mohon share sekiranya suka resepi ini

Roti jala merupakan antara makanan kegemaran rakyat Malaysia. Walaupun juadah ini mudah didapati kerana banyak dijual di premis makanan, namun cara penyediannya agak rumit untuk dilakukan kerana bukan semua orang tahu untuk membuat kiraian roti jala tersebut dengan sempurna.

Tetapi anda tidak perlu risau lagi, sebab menu roti jala yang akan dikongsikan ini bukan saja mudah untuk disediakan. Tapi yang paling penting ia juga sedap dan bertekstur lembut. Malah, ia juga boleh dipadankan dengan kari ayam yang tak terhingga lazatnya.

Resepi Roti Jala Ros & Kari Ayam

Bahan-bahan (Roti Jala)

  • 1 cwn tepung gandum
  • 1 sk garam
  • 1 biji telur
  • 1/2 cwn air
  • 1/2 cwn susu segar
  • 1 sk pewarna merah jambu
  • 1 sk pewarna hijau

Bahan-bahan (Kari Ayam)

  • 1 biji kentang (dipotong dadu)
  • 500 gm isi ayam (dipotong kecil)
  • 1/2 cwn minyak masak
  • 200 ml santan
  • 1/2 cwn air (ikut kepekatan kuah)
  • 1/2 sb garam
  • 1/4 cwn air limau nipis
  • 8 sb rempah kari daging
  • 2 sb serbuk cili
  • sedikit air

Bahan-bahan untuk dikisar

  • 4 biji bawang merah
  • 4 ulas bawang putih
  • 1 inci halia
  • sedikit air

Bahan-bahan untuk ditumis

  • 2 tangkai daun kari
  • 2 batang kayu manis
  • 2 kuntum bunga lawang
  • 3 buah pelaga
  • 1 biji bawang merah (dihiris)

Nota: Bancuh rempah kari terdahulu sebelum masak untuk mendapatkan kepekatan kuah kari sekata.

Cara memasak (Roti Jala)

  1. Masukkan tepung gandum, telur, air, susu dan garam ke dalam pengisar.
  2. Kisar bahan-bahan sehingga halus.
  3. Bahagikan adunan tersebut ke dalam dua mangkuk.
  4. Warnakan setiap satu adunan dengan pewarna merah jambu dan hijau. Masukkan adunan merah jambu ke dalam botol picit dan adunan hijau ke dalam piping bag.
  5. Panaskan non-stick pan dengan api perlahan. Picit adunan merah membentuk garisan melintang. Kemudian, lakarkan garisan berombak. Titiskan tiga titis adunan hijau di bahagian atas garisan berombak membentuk daun.
  6. Biarkan selama 1-2 minit atau sehingga adunan masak.
  7. Angkat dan gulung menjadi bentuk bunga ros.

Cara memasak (Kari Ayam)

  1. Bancuh rempah kari dan serbuk cili dengan sedikit air untuk dijadikan pes.
  2. Kisarkan bawang putih, bawang merah dan halia bersama air sehingga lumat.
  3. Panaskan minyak, tumiskan daun kari, kayu manis, bunga lawang, buah pelaga dan bawang  merah sehingga naik bau.
  4. Masukkan bahan kisar dan kacau seketika sehingga kekuningan.
  5. Masukkan pes kari. Teruskan menumis hingga pecah minyak (tambahkan air jika terlalu kering untuk elak daripada jadi hangit).
  6. Masukkan ayam dan kentang.
  7. Kacau seketika selama 2-3 minit dan tambahkan air limau nipis. Masak sehingga ubi kentang dan ayam menjadi empuk.
  8. Tambahkan santan dan perasakan dengan garam. Tunggu sehingga mendidih dan siap untuk dihidangkan.

Nota : Untuk resepi Kari Ayam, boleh tonton disini : https://youtu.be/1yAzYEtKGMU

Rose Net Crepes & Chicken Curry 

Ingredients (Net Crepes)

  • 1 cup of all-purpose flour
  • 1 tsp of salt
  • 1 nos egg
  • 1/2 cup of water
  • 1/2 cup of fresh milk
  • 1 tsp of pink food coloring
  • 1 tsp of green food coloring

Ingredients (Chicken Curry)

  • 1 potato (diced)
  • 500 gm chicken fillet (cut into small pieces)
  • 1/2 cup of cooking oil
  • 200 ml coconut milk
  • 1/2 cup of water (according to the gravy consistency)
  • 1/2 tbsp of salt
  • 1/4 cup of key lime juice
  • 8 tbsp of meat curry powder
  • 2 tbsp of chili powder
  • bit of water

Ingredients for grinding

  • 4 onions
  • 4 cloves of garlic
  • 1 inch ginger
  • bit of water

Ingredients for saute

  • 2 stalks of curry leaves
  • 2 cinnamon sticks
  • 2 star anise
  • 3 cardamoms
  • 1 onion (sliced)

Note: Make the curry powder paste first before cooking to get an even curry gravy consistency.

Cooking methods (Net Crepes) 

  1. Put all-purpose flour, egg, water, milk and salt in a blender.
  2. Blend all ingredients until smooth in texture.
  3. Divide the batter into two bowls.
  4. Color each batter with pink and green food coloring. Pour pink batter into a squeeze bottle and green batter into a piping bag.
  5. Heat non-stick pan to low heat. Squeeze pink batter forming horizontal line. Then, draw wavy line. Drop three dots of green batter at the top of wavy line to forming leaves.
  6. Let it be for 1-2 minutes or until fully cooked.
  7. Remove and roll to rose shape.

Cooking methods (Chicken Curry)

  1. Mix curry powder and chili powder with bit of water to make a paste.
  2. Grind garlic, onion, and ginger with water until smooth.
  3. Heat the oil, saute curry leaves, cinnamon sticks, cardamoms, star anise and onion until fragrant.
  4. Add in grinded ingredients and stir for a while until golden.
  5. Add in curry paste. Continue sauteing until the oil separates (add water if it is too dry to avoid burnt).
  6. Add in chicken pieces and potatoes.
  7. Stir for about 2-3 minutes and add in key lime juice. Cook until potatoes and chicken are tender.
  8. Add in coconut milk and season with salt. Bring to a boil and it is ready to be served.

Note : For Chicken Curry recipe, click here to watch : https://youtu.be/1yAzYEtKGMU

 

SUBSCRIBE Youtube Untuk Lebih Banyak Video Resepi

Mohon share sekiranya suka resepi ini

Youtube

Facebook

Rasaflix Telegram