Kuih Muih Dessert Western Style

Resepi Puding Roti & Sos Kastard | Bread Butter Pudding With Custard Sauce

Resepi Puding Roti & Sos Kastard | Bread Butter Pudding With Custard Sauce

Mohon share sekiranya suka resepi ini

Bunyinya memang macam Western, tapi puding roti dan sos kastard merupakan pencuci mulut yang sangat simple untuk disediakan. Tak perlu susah-susah beli di kedai pun, confirm harganya mahal. Kalau kat rumah anda ada lebihan roti yang dah nak expired, itu saja pun dah boleh dibuat sebagai bahan penyediaan juga. Lagipun jika buat sendiri, lagi puas hati rasanya kan?

Makan pula dengan sos kastard yang manis berlemak, sememangnya gandingan terbaik untuk puding roti ni. Jom kita lihat resepi dan cara-cara untuk membuat puding roti dan sos kastard ini.

Resepi Puding Roti & Sos Kastard

Bahan-Bahan Puding Roti

  • 15 keping roti (dipotong empat)
  • 3 biji telur
  • 2 cwn susu full cream
  • 3 sb gula
  • 4 sb mentega (dicairkan)

Bahan-Bahan Sos Kastard

  • 1 1/2 cwn susu cair
  • 1/2 cwn air
  • 4 sb gula
  • 2 sb tepung kastard

Cara memasak

  1. Untuk puding roti, campurkan telur, susu full cream, gula dan mentega dan kacau hingga sebati.
  2. Sapukan mentega pada loyang dan letakkan roti ke dalamnya juga.
  3. Kemudian tuangkan campuran tadi ke dalam loyang.
  4. Bakar puding roti pada suhu 150°C selama 45 minit.
  5. Untuk sos kastard pula, panaskan susu cair, air dan gula sehingga gula larut sepenuhnya.
  6. Masukkan tepung kastard dan kacau sehingga campuran menjadi pekat.
  7. Hidangkan puding roti bersama sos kastard dan siap untuk dinikmati.

Bread Butter Pudding With Custard Sauce

Bread Pudding Ingredients 

  • 15 slices of white bread (cut into 4 parts)
  • 3 nos eggs
  • 2 cups of full cream milk
  • 3 tbsp of sugar
  • 4 tbsp of butter (melted)

Custard Sauce Ingredients

  • 1 1/2 cups of evaporated milk
  • 1/2 cup of water
  • 4 tbsp of sugar
  • 2 tbsp of custard powder

Cooking methods

  1. For bread pudding, mix together eggs, full cream milk, sugar and melted butter, stir them well.
  2. Grease mold with butter and put breads into the mold.
  3. Pour the mixture into the mold.
  4. Bake bread pudding at 150°C for 45 minutes.
  5. For custard sauce, heat evaporated milk, water and sugar until the sugar dissolved.
  6. Add in custard powder and stir until the sauce thicken.
  7. Serve bread pudding with custard sauce and it is ready to be enjoyed.

 

SUBSCRIBE Youtube Untuk Lebih Banyak Video Resepi

Mohon share sekiranya suka resepi ini

Youtube

Facebook

Rasaflix Telegram