Dessert Pastry

Resepi Scone Dan Jem Strawberi | Scone Recipe And Strawberry Jam

Resepi Scone Dan Jem Strawberi | Scone Recipe And Strawberry Jam

Mohon share sekiranya suka resepi ini

Scone merupakan dessert tradisi orang Eropah yang dinikmati pada waktu minum petang. Tekstur scone seakan-akan kek dan roti tetapi tidaklah sama 100%. Selalunya, ia dihidangkan panas-panas bersama jem strawberi dan krim putar. Di Malaysia, manisan tersebut terlebih dahulu menjadi popular kerana boleh didapati di pusat pelancongan Cameron Highland, Pahang.

Dengan resepi yang bakal kami kongsikan kali ini, anda boleh masak sendiri scone dan adjust ikut kesukaan hati. Nak makan bersama jem strawberi dan krim putar banyak-banyak pun terpulanglah. Jangan lupa cuba tau.

Resepi Scone & Jem Strawberi

Bahan-bahan (Scone)

  • 2 cwn tepung gandum
  • 2 sb serbuk penaik
  • 1/2 sk garam
  • 1/4 cwn gula
  • 6 sb mentega (disejukkan)
  • 2/3 cwn susu segar
  • 1 biji telur

Bahan-bahan (Strawberi Jem)

  • 1/2 cwn strawberi
  • 1/2 sk garam
  • 1/3 cwn gula

Cara memasak (Scone)

  1. Masukkan telur, susu segar, gula, garam, tepung gandum dan serbuk penaik ke dalam mesin pengadun dan putar seketika.
  2. Kemudian, masukkan mentega sejuk dan putar seketika.
  3. Di atas papan canai, taburkan tepung gandum dan uli adunan sehingga sebati.
  4. Canaikan doh dengan kadar tidak terlalu tebal atau tipis, cetak menggunakan pencetak biskut.
  5. Oleskan bahagian atas doh dengan susu segar.
  6. Bakar selama 15-20 minit pada suhu  170°C.

Cara memasak (Strawberi Jem)

  1. Masukkan buah strawberi dan masak  bersama-sama gula sehingga menggelegak dan pekat.
  2. Masukkan garam dan masak seketika. Angkat dan ketepikan.

Scone Recipe & Strawberry Jam

Ingredients (Scone)

  • 2 cups of wheat flour
  • 2 tbsp of baking powder
  • 1/2 tsp of salt
  • 1/4 cup of sugar
  • 6 tbsp of butter (chilled)
  • 2/3 cup of fresh milk
  • 1 nos egg

Ingredients (Strawberry Jam)

  • 1/2 cup of strawberries
  • 1/2 tsp of salt
  • 1/3 cup of sugar

Cooking methods (Scone)

  1. Add in egg, fresh milk, sugar, salt, wheat flour and baking powder into mixer and mix them for while.
  2. Next, add in chilled butter and mix to combine.
  3. On a rolling board, sprinkle with wheat flour and knead the dough well.
  4. Roll the dough (not too thick or too thin), cut the dough using cookie cutter.
  5. Brush the top of the dough with fresh milk.
  6. Bake for 15-20 minutes at 170°C.

Cooking methods (Strawberry Jam)

  1. Add in fresh strawberries and cook with sugar until bubbling and thick.
  2. Seasons with salt and cook for while. Remove from heat and set aside.

 

 

SUBSCRIBE Youtube Untuk Lebih Banyak Video Resepi

Mohon share sekiranya suka resepi ini

Youtube

Facebook

Rasaflix Telegram