Appetizer Chicken

Resepi Tauhu Berlauk & Sambal Kicap | Tofu Chicken Nuggets Recipe

Resepi Tauhu Berlauk & Sambal Kicap | Tofu Chicken Nuggets Recipe

Mohon share sekiranya suka resepi ini

Sebelum ini pernah tular resepi tauhu bergedil dan sambal kicap tau. Sambutannya sungguh luar biasa dan berjaya menarik minat ramai termasuklah yang mengambil peluang menjualnya sebagai idea menjana pendapatan dari rumah. Tak cukup dengan itu, sekarang ada lagi satu menu versi baru yang pastinya sedap dan kids friendly iaitu tauhu berlauk. Kalau tauhu bergedil, bahagian dalamnya akan disumbat dengan adunan kentang bersama cebisan daging. Tapi untuk resepi ini, kita akan buat ala-ala nuggets ayam. OMG Sedapnya!

Resepi ini mampu menghasilkan 25-30 biji bergantung kepada saiz loyang yang digunakan. Kalau nak satukan dalam tray pun boleh, lagi senang. Nanti tinggal potong-potong dan goreng je. Untuk sos pencicah pulak, boleh je nak gantikan dengan kuah lain seperti sos thai atau sos cili. Ikut kesukaan masing-masing. Selamat mencuba semua.

Resepi Tauhu Berlauk & Sambal Kicap

Bahan-bahan (Tauhu Berlauk)

  • 4 biji telur
  • 1 bahagian dada ayam
  • 1 paket tauhu lembut
  • 2 biji tauhu
  • 1 btg lobak merah (disagat)
  • 1 biji bawang merah
  • 1 batang cili merah
  • daun bawang
  • daun ketumbar
  • 1 sk lada putih
  • 1 sk lada hitam
  • 1 sk serbuk stok ayam
  • 1 sk garam
  • 1/3 cwn serbuk roti
  • 1 biji telur
  • minyak masak (secukupnya)
  • 2 ulas bawang putih

Bahan-bahan (Sambal Kicap)

  • 1/2 cwn kicap manis
  • 3 ulas bawang putih
  • 10 tangkai cili padi

Cara memasak (Tauhu Berlauk)

  1. Kisar telur, isi ayam, tauhu telur, bawang putih dan tauhu sehingga lumat. Ketepikan.
  2. Campurkan lobak merah, bawang merah, cili merah, daun bawang, serbuk roti dan daun ketumbar.
  3. Perasakan dengan lada putih, lada hitam, serbuk stok ayam dan garam. Gaul semua hingga sebati.
  4. Tuangkan ke dalam acuan lompang yang disapu dengan minyak.
  5. Kukus selama 15 minit.
  6. Sejukkan seketika, kemudian celup ke dalam telur dan goreng menggunakan minyak panas sehingga keperangan.

Cara memasak (Sambal Kicap)

  1. Kisar bawang putih, cili padi dan kicap manis sehingga sebati.
  2. Sambal kicap siap untuk dihidangkan.

 Tofu Chicken Nuggets Recipe

Ingredients (Tofu Chicken)

  • 4 nos eggs
  • 1 portion chicken breast
  • 1 packet soft tofu
  • 2 pieces firm tofu
  • 1 carrot (grated)
  • 1 shallot
  • 1 red chili
  • scallion
  • coriander
  • 1 tsp of white pepper
  • 1 tsp of black pepper
  • 1 tsp of chicken stock powder
  • 1 tsp of salt
  • 1/3 cup bread crumbs
  • 1 nos egg
  • cooking oil (as needed)
  • 2 cloves garlic

Ingredients (Spicy Soy Sauce)

  • 1/2 cup sweet soy sauce
  • 3 cloves garlic
  • 10 bird’s eye chilies

Cooking methods (Tofu Chicken)

  1. Blend eggs, chicken breast, soft tofu, garlic and firm tofu until smooth. Set aside.
  2. Mix carrots, shallot, red chilies, scallion, bread crumbs and coriander.
  3. Season with white pepper, black pepper, chicken stock and salt. Mix all well.
  4. Pour the mixture into mold that have been grease well with oil.
  5. Steamed for 15 minutes.
  6. Let them cool, then coat with egg and fried using hot oil until golden brown.

Cooking methods (Spicy Soy Sauce)

  1. Blend garlic, bird’s eye chilies and sweet soy sauce until all combine.
  2. Spicy soy sauce ready to be served.

 

 

SUBSCRIBE Youtube Untuk Lebih Banyak Video Resepi

Mohon share sekiranya suka resepi ini

Youtube

Facebook

Rasaflix Telegram