Ayam Seafood Sup Udang

Resepi Tomyam Campur Ala Thai | Thai-Style Mixed Tom Yum Soup Recipe

Resepi Tomyam Campur Ala Thai | Thai-Style Mixed Tom Yum Soup Recipe

Mohon share sekiranya suka resepi ini

Walaupun asal dari Thailand, tapi tak dinafikan tomyam adalah antara menu yang popular dalam masyarakat kita. Juadah ini sangat sesuai untuk dijadikan lauk makan tengahari ataupun malam. Kalau nak hirup macam tu saja pun memang enak sebab ada rasa masam, manis, masin dan pedas yang seimbang. Tomyam juga ada bau yang harum daripada daun limau purut dan serai.

Selalunya bila teringin nak makan tom yam, sudah pasti restoran Thailand atau tukang masak dari negara seberang itu yang menjadi pilihan. Nak buat sendiri, takut tak sama macam yang ada dekat kedai pula. Tapi jangan risau, jom kita cuba resepi tomyam campur yang mudah dan lazat ini.

Resepi Tomyam Campur Ala Thai

Bahan-Bahan

  • ¬†Air secukupnya
  • 2 akar ketumbar
  • 2 inci lengkuas (dihiris)
  • 4 helai daun limau purut
  • 2 batang serai (dipotong serong)
  • 3 cili api (dipotong serong)
  • Sebiji lobak merah (dipotong serong)
  • 2 keping isi ayam (dipotong kecil)
  • 3 ekor sotong (dipotong bulat-bulat)
  • 8 ekor udang (disiang)
  • 1 biji bawang holland (dihiris kasar)
  • 3 sb pes tomyam
  • 4 biji limau purut (diperah jusnya)
  • 2 biji tomato (dipotong wedges)
  • 1/2 paket cendawan tiram
  • Sedikit daun ketumbar (dihiris)
  • Garam

Nota: Boleh gunakan apa saja sayur pilihan anda.

Cara memasak

  1. Didihkan air dalam periuk dan masukkan akar ketumbar, lengkuas, daun limau purut, serai dan cili api. Masak sehingga naik bau.
  2. Masukkan lobak merah dan bawang holland, masak untuk seketika.
  3. Masukkan dada ayam dan masak seketika.
  4. Tambahkan pes tomyam dan gaulkan sehingga semuanya sebati.
  5. Masukkan pula tomato dan cendawan tiram, masak untuk seketika.
  6. Kemudian, masukkan sotong dan udang.
  7. Tambahkan jus limau purut ke dalam tomyam.
  8. Perasakan dengan garam dan gaulkan seketika.
  9. Tomyam campur siap untuk dihidangkan.

Thai-Style Mixed Tom Yum Soup Recipe

Ingredients

  • Water (sufficiently)
  • 2 coriander roots
  • 2 inch of galangal (sliced)
  • 4 pcs of Kaffir lime leaves
  • 2 stalks of lemongrass (diagonal cut)
  • 3 bird’s eye chilies (diagonal cut)
  • 1 carrot (diagonal cut)
  • 2 pcs of chicken (cut into smaller size)
  • 3 squids (cut into rings)
  • 8 prawns (diveined)
  • 1 holland onion (roughly sliced)
  • 3 tbsp of tom yum paste
  • 4 kaffir limes (squeezed the juice)
  • 2 tomatoes (wedges cut)
  • 1/2 pack of oyster mushrooms
  • A little of coriander (sliced)
  • Salt

Note: You can use any preferred vegetables.

Cooking methods

  1. Boil water inside pot and add coriander roots, galangals, kaffir lime leaves, lemongrass and bird’s eye chilies. Cook them until fragrant.
  2. Add carrot and holland onion, cook for a while.
  3. Add chicken breast and cook it for a while.
  4. Add tom yum paste and stir it until it just combined.
  5. Add tomatoes and oyster mushrooms, cook them for a while.
  6. Next, add squids and prawns.
  7. Add kaffir lime juice into tom yum soup.
  8. Season with salt and stir it for a while.
  9. Mixed tom yum soup is ready to be served.

 

SUBSCRIBE Youtube Untuk Lebih Banyak Video Resepi

Mohon share sekiranya suka resepi ini

Youtube

Facebook

Rasaflix Telegram