Egg

Resepi Sandwic Wanpaku Telur | Egg Wanpaku Sandwich Recipe

Resepi Sandwic Wanpaku Telur | Egg Wanpaku Sandwich Recipe

Mohon share sekiranya suka resepi ini

Sandwic Wanpaku merupakan sandwic ala Jepun yang menggabungkan protein dan sayur-sayuran pelbagai warna. Berlainan dari sandwic biasa yang agak nipis, Sandwic Wanpaku terkenal kerana rupanya yang menarik dan mampat dengan sayuran berwarna-warni.  Selain sangat berkhasiat dan sedap, sandwic ini sangat sesuai dijadikan menu bagi mereka yang sedang berdiet. Berikut merupakan resepi dan langkah-langkah penyediaan Sandwic Wanpaku ini.

Resepi Sandwic Wanpaku Telur

Bahan-Bahan

  • 2 biji telur
  • Daun salad
  • 1/3 batang  timun
  • 1/3  batang  lobak merah
  • 1 biji tomato
  • 2 keping keju mozzarella
  • Mayonis
  • 2 keping roti
  • Lada hitam secukupnya
  • Lada sulah secukupnya

Cara memasak

  1. Panaskan minyak dan goreng telur. Letakkan ke tepi dahulu.
  2. Hiris lobak merah, timun dan tomato.
  3. Sapukan roti dengan mayonis.
  4. Letakkan salad, telur, hirisan timun, tomato,  lobak merah dan kepingan keju mozarella. Lapiskan kepingan telur yang kedua dan taburkan lada hitam dan lada sulah.
  5. Ulang langkah 4 dan lapiskan dengan roti. Toskan sandwich dalam kuali panas sekitar 5 minit.
  6. Balut Wanpaku dengan plastik pembungkus dengan kemas dan potong kepada dua bahagian. Selamat menjamu selera.

Egg Wanpaku  Sandwich Recipe

Ingredients 

  • 2 nos egg
  • salad leaves
  • 1/3 pcs cucumber sliced
  • 1/3 pcs carrot sliced
  • 1 pcs tomato sliced
  • 2 pcs mozzarella cheese
  • Mayonnaise
  • 2 pcs bread
  • Black pepper as needed
  • White pepper as needed

Cooking methods

  1. Heat oil and fry egg. Put aside.
  2. Slice the carrot, cucumber, and tomato.
  3. Spread the mayonnaise on one side of the bread.
  4. Add the salad, fried egg, cucumber, tomato, and sliced mozarella cheese. Add the second pieces of fried egg and sprinkle the black pepper and white pepper.
  5. Repeat step 4 and place the bread. In a pan, toast the sandwich about 5 minutes in the pan.
  6. Wrap the Wanpaku  with plastic wrap nicely and cut into two part. Bonne appetite.

SUBSCRIBE Youtube Untuk Lebih Banyak Video Resepi

Mohon share sekiranya suka resepi ini

Youtube

Facebook

Rasaflix Telegram