Kek

Resipi Kek Keju Bakar | Burnt Cheesecake Recipe

Resipi Kek Keju Bakar | Burnt Cheesecake Recipe

Mohon share sekiranya suka resepi ini

Resepi Kek Keju Bakar

Bahan-Bahan

  1.  500 gm krim keju
  2. 3 biji telur
  3. 125 gm gula kastor
  4. 15 gm tepung gandum
  5. 250 ml whipping cream (dairy)

Cara memasak

  1. Panaskan oven pada suhu 200°C lebih kurang 10 ke 15minit.
  2. Didalam satu mangkuk yang besar, masukkan keju krim dan gula kastor. Pukul sehingga kembang dan sebati  menggunakan pemukul tangan lebih kurang 2 minit.
  3. Kemudian masukkan telur satu persatu dan pukul sehingga kembang.
  4. Tambah whipping cream, dan pukul sehingga kesemua bahan sebati.
  5. Akhir sekali, masukkan tepung yang telah diayak kedalam campuran dan pukul lebih kurang 1 minit.
  6. Sediakan 7 inci loyang kek bulat, sapukan sedikit mentega dan letak kertas minyak dengan kemas.
  7. Masukkan campuran kek yang telah siap ke dalam loyang dan bakar pada suhu 200°c selama 1 jam. Kek akan bertukar coklat keemasan di permukaan atas dan lembut ditengah.
  8. Bila siap, keluarkan kek daripada loyang dan biarkan ia sejuk seketika. Potong dan hias kek mengikut kreativiti anda dan kek sedia dihidang. Selamat menjamu selera.

Burnt Cheesecake Recipe

Ingredients 

  1. 500 gm cream cheese
  2. 3 nos egg
  3. 125 gm castor sugar
  4. 15 gm flour
  5. 250 ml whipping cream (dairy)

Cooking methods

  1. Preheat oven at 200°C for about 10 to 15 minutes.
  2. In a big bowl, add the cream cheese and castor sugar. By using the hand mixer, beat until smooth and no lump for about 2 minutes.
  3. Add egg one by one and beat until smooth.
  4. Next, add the whipping cream to the mixture, and beat until all the mixture combine well and smooth.
  5. Lastly, add the sifted flour and beat well for about 1 minutes.
  6. Prepare a 7 inch round baking cake mould and grease with the butter and  put the parchment paper nicely.
  7. Pour the cake mixture and bake at the  200°c temperature for about 1 hours. The cake will turn golden brown at the top and still jiggly at the centre.
  8. Let cool and then unmold. Slice and garnish the cake depends on your creativity and ready to serve. Bonne appetite.

Nak resepi lagi? Sertai Telegram Rasaflix di https://t.me/rasaflix

SUBSCRIBE Youtube Untuk Lebih Banyak Video Resepi

Mohon share sekiranya suka resepi ini

Youtube

Facebook