Prawn

Udang Butter Kering Telur Rangup | Dried Buttermilk Prawn Egg

Mohon share sekiranya suka resepi ini

Resepi Udang Butter Kering Dengan Telur Rangup

Bahan-Bahan udang goreng

  • 10-15 ekor udang saiz L
  • Lada sulah
  • Garam
  • Sedikit minyak masak
  • Mentega

Bahan-bahan telur rangup

  • 2 biji telur
  • Minyak untuk menggoreng
  • Mentega

Bahan-bahan kuah mentega

  • 3 biji bawang putih (didadu)
  • Sedikit susu cair
  • Cili padi
  • Daun kari
  • Serbuk lada hitam
  • Serbuk lada putih
  • Garam Gula
  • Perasa ayam
  • Mentega

Cara memasak

  1. Gaulkan udang dengan garam dan lada sulah. Dalam kuali, cairkan mentega dan campurkan minyak masak. Apabila campuran mentega dan minyak telah panas, masukkan udang. Goreng sehingga udang bertukar warna oren. Jangan goreng terlalu lama kerana ianya akan menyebabkan udang keras dan tidak berjus.
  2. Bahan untuk telur rangup, pecahkan telur ke dalam mangkuk. Pukul lembut telur tersebut. Panaskan minyak di dalam kuali. Tuangkan telur tersebut perlahan-lahan pada ketinggian yang tinggi. Kacau minyak di dalam kuali dalam keadaan berpusing supaya telur tersebut membentuk kepingan-kepingan halus . Goreng sehingga warna telur berubah menjadi perang dan rangup. Toskan minyak.
  3. Untuk kuah mentega, cairkan sedikit mentega di dalam kuali. Tumiskan bawang putih, daun kari dan cili padi sehingga naik bau. Masukkan sedikit susu cair. Perasakan dengan sedikit garam, gula dan perasa ayam. Campurkan lada putih dan lada hitam.
  4. Apabila ramuan mendidih, masukkan udang. Kacau sehingga kuah pekat. Siap untuk dihidangkan. Taburkan telur rangup diatas udang berkuah mentega tersebut.

Nota: Campuran telur rangup boleh juga ditambah sedikit susu pekat dan garam bagi mendapatkan telur rangup yang rasanya masin-masin manis. Untuk kuah mentega, hanya sedikit garam diperlukan kerana perasa ayam dan mentega telah masin.

Dried Buttermilk Prawn with Crunchy Egg

Ingredients for fried butter prawn

  • 10-15 L size prawns
  • White pepper
  • Salt
  • Cooking oil
  • Butter

Ingredients for crunch eggs

  • 2 eggs
  • Cooking oil
  • Butter

Ingredients for butter gravy

  • 3 garlics (diced)
  • A little evaporated milk
  • Bird’s eye chillies
  • Curry leaves
  • Black pepper powder
  • White pepper powder
  • Salt
  • Sugar
  • Chicken seasoning
  • Butter

Cooking methods

  1. Mix prawn with salt and white pepper. Melt the butter in a wok and add in some cooking oil. When the mixture is hot enough, put in the prawn. Fried the prawn until it change colour to orange. Noted, do not deep fried the prawn too long to maintain its juicy texture.
  2. For crunchy eggs, crack the eggs into a bowl. Beat the egg slowly. Heat oil in a wok. Pour a bit by bit egg mixture from high height. Meanwhile the egg is pour down, stir the oil fast in a round movement so that the egg not coagulate. When the egg become golden, sieve the fried egg in a steel sieve to remove excessive oil.
  3. For butter gravy, melt the butter in the wok. Stir fry the garlic, curry leaves and Bird’s eyes chillies. Add in a little evaporated milk. Season the mixture with a little bit salt, sugar and chicken seasoning. Add in a little white pepper and black pepper powder too.
  4. When the mixture is boiling, add the fried prawn. Stir until the gravy is thicken. Ready to serve. Sprinkle the crunchy egg on top of the prawns. Note: The crunchy egg mixture can be added with some condensed milk and salt before being fried to get sweet and salty flavour. For butter gravy, only add a little bit salt because the butter and chicken seasoning is salty enough.

Nak resepi lagi? Sertai Telegram Rasaflix di https://t.me/rasaflix

SUBSCRIBE Youtube Untuk Lebih Banyak Video Resepi

Mohon share sekiranya suka resepi ini

Youtube

Facebook

Rasaflix Telegram